Tuesday, August 31, 2010

Pengurusan Jenazah Isalam

HUKUM DAN SYARAT MANDI JENAZAH


HUKUM MANDI

Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :

Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w.
 masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku." Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nota

Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."

(Fathul Bari 3:372)

SYARAT MANDI

Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.

Syarat mayat dimandikan.

1. Hendaklah mayat orang Islam.
2. Cukup anggota atau sebahagian badannya.
3. Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
4. Mayat itu bukan mati syahid.

Sabda Rasullah

Dari Umu' Athiah al-Ansoriah r.a. katanya: "Rasullah s.a.w masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya wafat iaitu bersabda: Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu.
Jika kamu pandang elok tambahan yang demikian iatu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada  kali akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."

Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,  " Balutilah badannya dengan kain ini."

TEMPAT MANDI

2.1 Dibuat tempat yang tertutup.
2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.

2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.

2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.

2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.

2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan.



TERTIB MANDI JENAZAH

3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.

3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.

3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.

3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.

3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.

3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.**

3.7 Jangan mengangkat suara riuh.

3.8 Jangan mengunyah makanan atau merokok.

3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.

Nota:

"Junjungan kata Nabi s.a.w semasa wafatnya di mandikan dengan mamakai sehelai baju kamis.

"Ini berdasakan peristiwa ini:semasa Nabi s.a.w wafat, baginda dimandikan oleh Saidina Ali dan Alfadhal bin Abbas r.a.Manakala Usahamah bin Ziyad r.a. meyiramkan air, ketika itu Saidina Abbas r.a.(bapa saudara Nabi s.a.w)turut hadir.(Maghni al-mahtaj)


CARA MEMANDIKAN JENAZAH

Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu".

(Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya"**.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu. Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.



Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu :

4.1 Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.

Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.

Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.



4.2 Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).



4.3 Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.



4.4 Mandi dengan air sabun

i. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.

ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.

iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.

iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.

v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali .



Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.



4.5 Mandi dengan air bersih (mutlak)

Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.



4.6 Setelah bersih, diwudhukan dengan niat,

" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"

Lafaz niat bagi lelaki:

"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"

Lafaz niat bagi perempuan:

"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"



4.7 Mandi air bercampur kapur barus

Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:

" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat bagi lelaki:

"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"

Lafaz niat bagi perempuan:

"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"



Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.

Semasa menjirus, sunat membaca:

"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"



4.8 Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :

. Satu kali mandi dengan air sabun.

. Satu kali mandi dengan air bersih.

. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.



4.9 Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan.

. Mayat permpuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.



4.10 Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.

Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

Sabda Rasullah:







Menurut satu riwayat, Rasullah s.a.w. bersabda:



"Mandikanlah dia" (beberapa kali)asalkan ganjil bilangan:tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu' (Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya.











Klik untuk melihat video

sumber :www.islamiway.com







PERIHAL LAIN

dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.

Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.



5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN

i. Kerana ketiadaan air.

ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.

iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya)

iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya

Wednesday, August 25, 2010

KEBENARAN ISLAM SEMESTA ALAM DUNIA & AKHIRAT

Blits Pascall, seorang ilmuwan ternama, menyatakan bahwa tekanan udara akan semakin berkurang setiap kita semakin jauh dari permukaan bumi.

TEKANAN UDARA
السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله


Para ilmuwan (PROFESIOANAL TERKINI) berkata bahwa perubahan besar pada tekanan udara yang terjadi ketika naik ke angkasa menjadikan dada manusia SESAK NAFAS dan DAN TERASA SEMPIT DALAM RUANG PERNAFASAN (PARU-PARU) akibat tekanan udara dan perkara ini mungkin saudara-saudari dapat rasakan semasa berada di atas Kapal Terbang atau ketika anda mendaki gunung yang tinggi.. Dan Allah telah memberitakan dalam ayat ini, apa yang akan terjadi pada manusia jika dia naik ke angkasa. Allah SWT berfirman :

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit." (Qs.6 Al-An'am : 125)

Nah sekarang cuba bayangkan beberapa ribuan tahun yang terdahulu di zaman Rasulullah.. belum ada ahli-ahli sains yang profesional, belum ujud nya angkasawan.. dan junjungan Rasulullah s. a.w. pula di ketahui umum seorang yang buta huruf.. bagaimana ya.. bisa mewariskan "suatu ilmu" sains yang begitu tinggi darjatnya.. ternyata Firman Allah itu telah mendahului..para pemikiran kita semua di Dunia atau Akhirat..
Penemuan ini baru didapatkan setelah adanya tekhnologi terbang yang mutakhir di abad 20. Inilah salah satu bukti bahwa Qur'an ialah mukjizat terbesar & SEPANJANG MASA, karena ayat-ayatnya baru dapat dibuktikan oleh ilmu & tekhnologi terakhir. Bahkan masih banyak lagi ayat-ayat yang belum dapat dibuktikan oleh ilmu & tekhnologi. Bukti kuat bahwa Qur'an bukan buatan Rasulullah Muhammad SAW tapi berasal dari ALLAH, Tuhan Langit & Bumi yang Maha Mengetahui ciptaan-NYA.

Jika Al-Qur'anul Kariim bukan berasal dari Allah, tentu ayat ini kemungkinan besar berbeda bunyinya & salah besar, tapi Alhamdulillah... Qur'an TERBUKTI BENAR.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ? Kalau kiranya Al  Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. Qs.4 Nisaa':82

Mukjizat Qur'an mencakup dari yang sangat sederhana, sampai yang penuh dengan kerumitan dari segala bidang matematika, astronomi, biologi, geografi, sastra, oceanografi dan segalanya. Karena Qur'an diturunkan kepada semua manusia sepanjang zaman. Bahasanya mencakup dari yang sangat sederhana, sampai pada tingkat tertinggi dari ilmu bahasa & kesusasteraan yang baik.

Dengan demikian pesan yang dibawa bisa dicapai oleh setiap orang tanpa melihat tingkat pendidikannya. Sama halnya dengan mukjizat Qur'an, fenonema yang sungguh teramat sangat luar biasa ini dapat dibagi menjadi 2, yaitu: BUKTI SEDERHANA dan BUKTI RUMIT

Bagi orang awam saja, keindahan bahasa & hikmah serta nasihat jiwa didalamnya sudah mampu membuktikan kemuliaan Qur'an bagi orang yang mau jujur menggunakan hati kecilnya. Diceritakan dalam sebuah kisah jika Abu Jahal pun menangis mendengar Rasulullah Muhammad SAW membaca Qur'an, namun sayang, Abu Jahal tidak mau mengakui Mukjizat Qur'an yang diturunkan pada Rasulullah Muhammad SAW.

Monday, August 23, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK

PENDAHULUAN:

Apakah di ertikan dengan penderaan dan asuhan ini perlu di teliti dengan jelas seperti berikut:
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1.Penderaan fizikal kanak-kanak.

2.Penderaan mental kanak-kanak.

3.Penderaan seksual kanak-kanak.

1. Penderaan Secara Fizikal Keatas Kanak-Kanak.

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.





Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.


Penderaan mental kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.

Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.



Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :-

1.penolakan,

2.pengasingan,

3.menakutkan,

4.sikap tidak peduli

5.sikap merasuah fikiran.

Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun
penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain.

Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi.

Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelimalima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.



Penderaan seksual kanak-kanak

Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.


Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain. Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait. Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur auat mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification).

Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk kemurungan klinikal, kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder),  kerisauan, kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa, dan simptom lain.

Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children Research Center, menggambarkan "penderaan seksual kanak-kanak" sebagai memerlukan dua komponent, " aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan." Finkelhor menulis bahawa di USA pada 1994, sekitar 20% wanita dan 5% hingga 15% lelaki telah mengalami sejenis bentuk penderaan seksual sebagai kanak-kanak; dan dia tidak mendapat bukti mengenai peningkatan dramatik dalam generasi kini, atau keadaan sosial ekonomi merupakan risiko faktor utama.
Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah sek hubungan (contact sex offenders ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah sek hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak. Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak semestinya tercedera oleh perlakuan sedemikian.



Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :

1.Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
2.Menyentuh bahagian sulit.
3.Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
4.Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
5.Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
6.Membuat panggilan telefon lucah,
7.Merogol.
8.Melakukan seks oral.
9.Meliwat.
10.Melacurkan.
11.Mengintai.
12.Mencium.
13.Mengusap.
14.Mempamerkan aksi lucah.
Pendahuluan


Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak-kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga berita menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian di media massa. Masyarakat seterusnya menjadi lebih peka atau kurang peka bergantung pada peranan dan persepsi individu terhadap setiap kes yang berlaku. Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat dan bertenaga secara fizikal serta lebih berkuasa secara mental dan psikologi daripada yang didera. Oleh sebab si pendera lebih bertenaga, lebih berkuasa dan lebih berupaya, ada di antara mereka berasa berhak untuk melakukan sesuka hati terhadap golongan yang  lemah. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, mereka mengambil kesempatan perbezaan kekuatan fizikal dan mental ini
untuk menyeksa dan mendera tubuh badan dan mental seseorang. Mereka tidak memikirkan atau mengambil kira hak asasi seseorang manusia seperti yang termaktub dalam Artikel (5) Deklarasi Hak Manusia yang menyebut Tiada sesiapa pun berhak diseksa atau dizalimi secara tidak berperikemanusiaan atau dijatuhkan maruahnya... (No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment). (United Nation 1948)

Dalam keadaan ini golongan yang lebih kerap menjadi mangsa terdiri daripada kanak-kanak. Yang lebih menyayat hati adalah kanak-kanak ini didera oleh golongan yang sepatutnya melindungi mereka. Pendera ini adalah ahli keluarga mereka sendiri. Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991).

Penderaan fizikal adalah apabila kanak-kanak didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaan akibat penggunaan kekerasan atau agen. Kekerasan ini dilakukan dengan sengaja terhadap tubuh badan kanak-kanak dengan adanya bukti laserasi, kontusi, calar, parut, patah atau kecederaan tulang, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka bakar (burn), melecur,kehilangan rambut atau gigi.

Penderaan seksual pula berlaku apabila kanak-kanak didera secara seksual dan juga terlibat sama ada mengambil bahagian atau sebagai pemerhati dalam mana-mana aktiviti yang bersifat seks dengan tujuan pornografi, bahan lucah atau sumbang, rakaman filem, pita video atau persembahan yang mempunyai tujuan
eksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secara rumusan daripada Akta Perlindungan Kanak-kanak sebagai kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak seperti  pemberian makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan, tidak memberi penyeliaan atau pengawalan anak daripada terlibatnya
dengan kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak melindungi mereka daripada bahaya sehingga kanak-kanak terpaksa menjaga diri sendiri dan menjadi pengemis.

Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanakkanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif atau kerencatan perkembangan. Definisi penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerja perubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalah ini dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia1991).

Semua jenis penderaan, tidak kira secara fizikal, seksual atau pengabaian penjagaan, tidak dapat dipisahkan daripada aspek penderaan terhadap emosi. Sebenarnya penderaan emosi primer juga berlaku secara bersendirian. Penderaan emosi berlaku dalam apa jua jenis penderaan. Apabila penderaan emosi berlaku bersamasama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosi sebenarnya adalah jauh lebih serius, mendalam dan berpanjangan berbanding dengan kesan akibat penderaan fizikal terhadap tubuh badan. Kebanyakan doktor yang merawat tidak mengenali aspek penderaan emosi ini dan hanya menekankan rawatan terhadap kecederaan fizikal yang memang jelas kelihatan. Keadaan yang serupa juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang diderasecara seksual dan diabai penjagaan mereka.

Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan.


Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.

1. Hubungan pelaku dengan persekitaran

Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.

2. Umur pelaku

Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini.

3. Taraf perkahwinan pelaku

Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku

Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.

5. Jenis pekerjaan pelaku

Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

6. Jumlah pendapatan pelaku

Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman

Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.

8. Jaringan sosial

Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Hubungan pelaku dan mangsa boleh diperincikan lagi supaya motif penderaan ini dapat dikenal pasti. Bagi kes yang melibatkan Nurin, pelaku jelas mempunyai niat untuk mendera mangsa.

Penderaan dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh. Pelaku seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas. Pembunuhan kejam Nurin menyebabkan ramai orang tidak dapat melelapkan mata kerana ianya melibatkan penderaan terancang dan pembunuhan yang menyayat hati. Seperti kata Bapa Nurin, Jazimin: "Harap kerajaan akan membuat sesuatu," cukup memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bagi melihat pelaku dera seksual tersebut dijejaki, ditangkap dan diadili.

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
  •  Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.
  • Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa.
  • Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal.
  • Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

BERITA DAN SITUASI SEMASA MASAALAH PENDERAAN KANAK-KANAK
PUCHONG – Masalah penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan daripada 2,279 kes pada tahun 2007 kepada 2,780 kes tahun lalu. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun ini mendapati sebanyak 819 kes jenayah itu dilaporkan atau purata tujuh kes sehari. Tidak cukup dengan itu, kes-kes penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sepatutnya melindungi anak-anak sendiri juga meningkat daripada 992 kes pada tahun 2007 kepada 1,266 kes pada 2008.

Trend itu mencetuskan rasa marah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu pejabat Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas mendakwa penjenayah terbabit.

“Jangan biarkan penderaan kepada kanak-kanak atau terhadap sesiapa pun menjadi budaya di negara ini kerana kita ada undang-undang dan mereka yang terlibat sepatutnya dihukum,” katanya.Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Taman Putra Perdana di sini semalam.
Menurut statistik JKM, kes kanak-kanak hilang turut meningkat dan semakin membimbangkan. Bagi tempoh Januari 2008 hingga kini sebanyak 4,968 kes telah dilaporkan dan daripada jumlah itu 1,859 mangsa belum dijumpai.

Sumber : Kosmo Online

AKTOR US MENCABUL KANAK-KANAK

NEW YORK: Mahkamah Amerika Syarikat semalam menghukum penjara 19 tahun enam bulan terhadap seorang aktor yang didapati bersalah mencabul kanak-kanak semuda enam tahun di Thailand dan menyiarkan gambar mereka di internet. Wayne Nelson Corliss, 60, juga diarahkan membayar denda berjumlah AS$5,000 (RM17,250). Hakim mahkamah persekutuan di Newark, New Jersey berkata, Corliss yang turut memegang peranan Santa Claus, akan berada di bawah pengawasan sepanjang hayat


Corliss ditahan Mei lalu di Union City, luar New York, selepas diburu oleh Interpol berikutan polis Norway menjumpai gambarnya di internet melakukan seks bersama kanak-kanak berusia enam tahun. Interpol menghantar keratan foto Corliss daripada imej lucah itu kepada polis seluruh dunia. Wayne Corliss adalah pelaku seks yang menjelajah seluruh dunia untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa, kata peguam New Jersey, Paul Fishman, dalam satu kenyataan.

Statistik penderaan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia yang kita cintai ini. Lihat gambar di atas nih, pada tahun 2007 ada 2,279 kes penderaan kanak-kanak berlaku di negara kita! Maknanya dalam setiap jam berlaku lebih kurang 94 kes penderaan kanak-kanak! Sedang kita semua seronok maki hamun sesama kita di internet nih, 94 kanak-kanak sedang di dera! Ini di Malaysia! Negara yang kita cintai! Negara yang rakyatnya terkenal dengan kelembutan dan adap sopan santun! Negara yang majoriti rakyatnya beragama ISLAM! Apa dah jadi pada kita semua! Ya ALLAH!




Sunday, August 22, 2010

MASAALAH PEMBUANGAN BAYI NEGARA MALAYSIA

Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja
1.0 PENGENALAN


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain- lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang  bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat.

Sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan.Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka.  Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang

Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.

2.0 STATISTIK Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.

Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula  dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.


Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. Faktor keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media massa dan media cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada permasalahan tersebut.

Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak merasakan bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkan program yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan pembuangan bayi.


3.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

 Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat  beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.

Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya.

Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan .

Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.

Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.

4.0 CIRI-CIRI DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES PEMBUANGAN BAYI

Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami dalam beberapa rujukan mendapati terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.

Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah
golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.

Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan yang tersasar. Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.

Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.

Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.


5.0 KESAN-KESAN

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan –kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri.


Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa..

Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan.

Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain.

Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang agama dan negara.

Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk
bergaul dengan ornag ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.

Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

6.0 ANALISA/PERSONALITI

Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang dapat dilihat pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal dan dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja.

Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akan cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina dan melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari
dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk, betul dan salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.



7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.


  • Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.


  • Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu.

  • Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

  • Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.

  • Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri. Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

8.0 KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI

Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu. Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu. Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Personaliti merupakan suatu yang amat penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. Personaliti yang baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya.


Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada seseorang. Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa dengan diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.

9.0 SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL

Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini , lebih menjurus kepada penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. Sekiranya penyakit masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti
mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini. Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang terjebak ke dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan peradaban manusia.

Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain iaitu sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah, keganasan rumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri merasa terkedu lidah untuk menyebutnya.

Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Pelan Tindakan Bersepadu ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu tersebut adalah seperti berikut :


1. MENGGERAKKAN KOMUNITI

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari , setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya.

Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.

2.. KEMPEN SOLAT

Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah merupakan perkara keji dan mungkar. Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan mengerjakan solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun, selagi hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring.

Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak dari usia 7 tahun lagi. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri.

3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA

Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini, jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM.

Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya ,kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam.

Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang hina.

Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan.

Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa perkahwinan adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa. Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu Islam itu adalah mudah. Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan untuk mendapat rumah kos rendah, saguhati perkahwinan dan sebagainya.

Pihak masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

10.0 RUMUSAN/KESIMPULAN

Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.
11.0 RUJUKAN
1. Utusan Malaysia (19-1-06) kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya oleh Dr Sidek Baba.
2.Al islam 1993 M.SURT 10-12 institusi keluarga islam semakin runtuh oleh Dr Hasyim Yahya
3. Al islam 1993 Pandai sembunyikan kandungan oleh Dr Mohd Amin Haji Ahmad Shariff,Ukm
4.Al islam 1993 media dan ketagihan seks oleh profesor Dr Hamid Arshat pakar perbidanan dan sakit puan

KOLEKSI BERITA PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA 2010.

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini. Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya. Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan. Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun (Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).

MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Muhamad Faizal Ismail turut menggenakan denda RM8,000 kepada Muhammad Safiuddin, 19, selepas remaja lelaki itu dan pasangannya, seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah mereka atas tuduhan tersebut.

Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2,000. Pesalah juvenil terbabit turut dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua tahun.

Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini. Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu. Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor memberitahu, keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat memandangkan kes tersebut adalah berat. Ujarnya, Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan serius yang dilakukan itu.

Kata pendakwa raya itu lagi, ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal, kedua-dua tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia. Sementara itu, sebelum hukuman dijatuhkan, Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih teruk lagi, kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka.

Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk menggali lubang,” katanya.
Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.

MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.

Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu. Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah. ”Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,” katanya.

Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar. ”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,” katanya. Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.

Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.

Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.

Remaja tanam bayi

MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

pengarang@utusan.com.my

MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya.Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya.“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.“Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya.Berikutan itu, polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.


Lagi mayat bayi ditemui

Oleh ANGELINA SINYANG

pengarang@utusan.com.my

MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini. Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.  Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air. Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki. “Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat. Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung. Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang. “Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya. Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.

SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau. Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini. Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi. “Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.

“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,”  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu. “Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya. Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang. Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.


Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi lebih dua tahun lalu. Tertuduh, Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu. Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Jan 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun. Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Marzita Subaker. – Bernama

Oleh Mohd Fadly Samsudin


HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga ‘bunting’ anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan. SIASAT…anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai
TIDAK BERHATI PERUT…bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.

Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.

Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.

Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.

Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi. Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana ‘dimamah’ haiwan liar.

Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti ‘tolong kebumikan mayat ini.’ Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.

Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri ‘lesen’ berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t. Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.

“Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).“Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina. “Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah.“Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,” katanya.

Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf ayat 179)

Mayat bayi ditemui dalam longkang

KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya. Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini. “Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.


Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini. Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut. Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. “Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita. Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi. Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

ARKIB : 23/02/2010

Banyakkan Rumah Perlindungan

Apakah hak perlindungan dari segi kelahiran bayi menurut undang-undang ke atas ibu yang hamil di luar nikah ini?NOOR AZIAH: Sebenarnya semua wanita sama ada yang berkahwin atau pun tidak berhak kepada penjagaan semasa mengandung dan melahirkan anak. Penjagaan mengikut piawaian antarabangsa kerana kita sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Kita juga menandatangani konvensyen berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di mana artikel 12 menjelaskan bahawa:1) Negara yang menjadi ahli kepada konvensyen hendaklah membuat cara sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam hal kesihatan untuk memastikan, dan berasaskan kesamarataan di antara lelaki dan wanita, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk perancangan keluarga;2) Apa pun yang dinyatakan oleh para (1), negara ahli hendaklah memastikan setiap wanita mendapat perkhidmatan kesihatan berhubung dengan kehamilan, semasa berpantang dan selepas melahirkan anak, memastikan semua perkhidmatan adalah percuma di mana-mana yang perlu serta pemakanan yang berkhasiat semasa mengandung dan menyusukan anak.Jika dilihat dari konvensyen ini, Malaysia terikat dengan artikel 12 kerana kita telah menandatangani dan meratifikasi CEDAW. Maka setiap wanita mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan semasa mengandung, semasa melahirkan anak dan semasa menyusukan anak.Perlindungan yang mereka berhak perolehi adalah hak perkhidmatan kesihatan. Oleh yang demikian, tanpa mendiskriminasi, semua wanita yang hamil berhak kepada perlindungan ini dan hospital di Malaysia mesti atau wajib memberikan mereka perkhidmatan tersebut.Jika yang hamil luar nikah, Akta Kanak-kanak 2001 membuat peruntukan perlindungan bagi gadis yang mengandung luar nikah di mana seksyen 41(2)(d) membenarkan kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat selamat di atas permohonannya sendiri untuk ditempatkan sedemikian.Dua peruntukan ini memberi perlindungan perundangan kepada ibu yang mengandung tanpa nikah terutama jika ibu tersebut masih kanak-kanak.Di hospital atau di rumah perlindungan, tentu mereka mendapat jagaan yang rapi untuk membolehkannya melahirkan anak dengan selamat dan semasa mengandung mendapat jagaan yang rapi termasuk makanan berkhasiat.Bagi gadis di bawah 16 tahun, kehamilannya adalah disebabkan rogol (kesalahan jenayah mandatori – mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun) dan pelaku boleh dihukum penjara dan rotan.Bagi wanita Islam, jika kehamilan tidak disebabkan rogol malahan kerana perzinaan secara suka sama suka, maka ia adalah suatu kesalahan jenayah syariah jika didakwa dan disabitkan.Pasangan yang berzina boleh dipenjara sehingga 3 tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Jika wanita tersebut sedang hamil, hukuman boleh ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya.Apakah punca sebenar kes-kes begini berdasarkan kajian?NOOR AZIAH: Saya baru selesai menjalankan kajian yang bertajuk ‘Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia’. Kajian ini saya buat bersama tiga rakan yang lain iaitu Dr. Che Norlia Mustafa, Mohd Al Adib Samuri dan Hafilah Musa.Dalam kajian, saya menemu bual 58 responden yang hamil luar nikah dari sebuah rumah perlindungan. Apabila ditanya kenapa mereka mengandung luar nikah mereka menjawab sedemikian:Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf

•Suka sama suka (23 kes)

•Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih (8 kes)

•Suka bebas/terlalu bebas (6 kes)

•Ingin mencuba seks (3 kes)

•Kurang didikan agama (2 kes)

•Dirogol (11 kes)

•Pengaruh kawan-kawan (7 kes)

Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga, diabai ibu bapa,

jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lain-lain.Bagaimana mengambil jalan tengah antara membantu ibu yang hamil luar nikah dengan hukuman?NOOR AZIAH: Sebenarnya tiada jalan tengah dalam isu mengandung luar nikah. Kita semua manusia yang dijadikan Allah sebagai hambanya. Kita semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan seharian kita di dunia ini.Dunia kita hari ini telah terlalu moden dan mendidik anak di dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Perlakuan seks bebas di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Ini bukan soal tiada didikan agama atau ibu bapa kurang peka. Godaan amat besar dan anak-anak kita teruja minda, emosi dan iman.Bagi kanak-kanak perempuan, jika hamil luar nikah, mereka tidak ditangkap. Mereka diberi perlindungan jika berumur bawah 18 tahun. Bagi yang atas 18 tahun, biasanya juga tidak ditangkap kecuali selepas melahirkan anak, mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tiada surat nikah.Mereka boleh mendaftarkan kelahiran anak dan memberi anak nama tapi anak tak ada nama ayah. Itupun setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara tak pernah lapor kepada pejabat agama pun.

Biasanya tindakan pendakwa syarie akan dibuat berasaskan siasatan dan aduan.Sebenarnya menjadi kewajipan semua orang Islam menghalang kemungkaran berlaku. Dalam kes ini ia telah berlaku. Yang perlu ialah pesalah menjalani hukuman dunia terhadap kesalahannya.Sebagai orang Islam, dia mesti tahu bahawa berzina itu berdosa besar dan mesti dihukum. Jika tiada tindakan diambil, maka yang melakukan kesalahan tidak akan merasa berdosa dan bersalah. Salah tetap salah.Tetapi anak luar nikah yang dilahirkan itu tidak bersalah.

Maka jika ibunya tidak berkemampuan maka kerabatnya berkewajipan melindungi anak tersebut dan jika tiada, maka kerajaanlah bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai langkah pertama, ibu yang mengandung luar nikah hendaklah dipastikan sebab dia mengandung luar nikah. Jika sah kerana zina, dia mesti menjalankan hukuman selepas melahirkan anaknya.Dia juga perlu dibantu untuk boleh hidup berdikari selepas menjalani hukuman. Hukuman itu pula mesti memberi kesan kekesalan, keinsafan dan bukan rasa benci terhadap agama atau penghukumnya.Masyarakat kita umumnya sukar memberi sokongan kepada mangsa terlibat. Adakah ini turut menyumbang kepada peningkatan kes membuang bayi?NOOR AZIAH:

Masyarakat kita masyarakat yang berpegang kepada adat dan agama. Namun dalam masa yang sama kita lebih senang menghukum dari membantu mangsa.Kata orang “berat mata memandang, lebih berat bahu memikul”. Tiada seorang wanita pun mahu mengandung luar nikah jika diberi pilihan. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah dan kita mesti melihatnya sebagai pengajaran dan perlu diambil iktibar.Malangnya kita manusia yang sangat lemah. Apabila kejadian seperti ini berlaku, kita tuding jari, cari salah siapa. Dah berlaku, semua orang salah… ibu bapa salah, masyarakat salah…pemimpin salah, semua salah…Jangan cari salah.Cari macam mana nak hindar dan baiki keadaan. Sebab itu apabila tahu saja mengandung, anak gadis panik. Lari dari rumah, cuba gugurkan dan akhirnya jika semua ikhtiar gagal, mereka buang bayi.Fikiran mereka buntu dan mereka tiada siapa nak mengadu. Semua salahkan mereka, mereka juga malu. Saya yakin memang sikap kita secara tak langsung menyumbang kepada pembuangan bayi.Bagi yang tidak kena batang hidung, mereka tidak melihat perlunya diwujudkan rumah persinggahan untuk golongan ibu hamil di luar nikah ini. Kata mereka, ia hanya akan mendorong lebih banyak kes sedemikian.

Benarkah NOOR AZIAH: Rumah Perlindungan atau Persinggahan untuk ibu yang hamil sangat perlu kerana ia boleh mengurangkan jumlah pembuang bayi. Tapi ia mestilah tanpa syarat dan no question ask?Kita bukan nak galakkan mereka berzina. Itu anggapan yang biasa dibuat masyarakat umum. Itu anggapan salah. Rumah ini boleh menyelamatkan nyawa ibu dan anak.Kita boleh beri peluang untuk anak tak sah taraf hidup normal sebagai anak angkat. Ibu yang terlanjur boleh diberi peluang kedua membaiki hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Mesti ada modul yang sesuai untuk memperbaiki diri dan sahsiah mereka.Kehamilan tidak akan berlaku tanpa penglibatan lelaki.

Apa pula tindakan yang perlu diambil ke atas lelaki terlibat.NOOR AZIAH: Kata orang Inggeris, It takes two to tango. Yang malangnya, wanita membawa bukti yang jelas. Kita ada teknologi.Kita boleh buat DNA pada anak dan pada lelaki yang dikatakan menyebabkan seseorang wanita itu hamil. Kita hadapkan kedua-duanya ke mahkamah, jika Islam, lelaki mesti menjalani hukuman juga.Satu lagi ialah mereka patut diperintahkan membayar nafkah anak tak sah taraf tersebut bukan kerana nasab tetapi sebagai hukuman. Itu lebih berkesan kerana mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.Saya pernah cadang dulu lelaki membayar diat (denda) kepada wanita yang dihamilkannya itu. Dia juga perlu membayar pampasan kepada anak biologinya. Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

13/02/2010 3:02pm

AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi. Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan


Buang bayi tindakan kejam

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.“Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.
Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka. Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. “Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai,” katanya. Beliau berkata, kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita, kita boleh jaga. Tolong jangan buat macam ini. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak.

“Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan, Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi,” katanya. Ketua Wanita UMNO itu memberitahu pergerakan itu dan NGO mempunyai kaunselor yang boleh membantu mereka yang bermasalah.“Banyak orang nak bantu, kalau tak mampu bawa ke hospital atau balai polis. Saya percaya hospital akan terima,” tegasnya. Apa yang penting bagi Shahrizat, perbuatan kejam dan tidak bertanggungjawab seperti membuang bayi tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai NIEW, Shahrizat berkata, pertubuhan itu akan menjadi penggerak kepada wanita di negara ini dan seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan dalam isu-isu wanita.Katanya, NIEW juga diyakini dapat meningkatkan imej wanita terutama di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala hal. “Kadang-kadang imej negatif terhadap wanita menjadi masalah kerana persepsi yang tidak dapat dihakis. Jadi NIEW perlu berusaha gigih untuk meningkatkan martabat wanita,” katanya.



Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting

09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi

Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam. Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang. Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu. Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.
“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam. “Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran. ~~myMetro



Mayat bayi dalam tong sampah

Oleh HAMIMAH HAMID

utusanperak@utusan.com.my

Seorang anggota polis mengangkat mayat bayi perempuan yang ditemui oleh pekerja Majlis Bandaraya Ipoh ketika memungut sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby, Ipoh, semalam.

IPOH 30 Dis. – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini. Bayi malang itu dijumpai oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang bertugas memungut sampah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pekerja MBI itu yang sedang menjalankan rutin harian terkejut apabila menemui mayat bayi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dan terus melaporkannya kepada polis. “Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan. “Sehingga kini belum ada suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.
Mayat bayi itu, katanya, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

“Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal ‘Kerana dosa apa dia dibunuh’ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9). Sejarah berulang. Jahiliyah Arab di zaman Nabi saw kini berulang di Zaman Internet, tidak mustahil berulang jika umat menjauhi petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan

ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi perempuan yang dijumpai di Tanah Perkuburan Islam, Senawang, Seremban, semalam.

SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah. Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, penjaga kubur itu kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut.
“Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu.

“Hasil siasatan awal, polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan lendir dan darah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Saiful Azly, polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di tanah perkuburan itu. Difahamkan, Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang pengkebumian. “Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah,” tegasnya. Ketika ini, kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab. Sehingga kini juga, tambah Saiful Azly, belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Dipercayai, bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.“Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat,” jelasnya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Bayi lelaki baru lahir ditemui

MERSING 21 Mac – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi. ”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut. Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.  Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi. Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini. Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa. Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa ‘sakit perut’.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan. Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya. “Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik. "Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil,” katanya.
Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian. Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk. Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman