Sunday, June 12, 2011

Sexually Transmitted Diseases ( STD's / STD ) IN THE WORLD & MALAYSIA

Welcome to Sexually Transmitted Diseases ( STD's / STD ) Guide!


The estimated total number of people living in the US with STD is over sixty-five million. Every year, there are approximately fifteen million new STD cases. Our mission is to empower people to manage their health. We hope to accomplish this by providing useful and up-to-date important STD information, STD symptoms and pictures, and latest STD treatment guidelines. A team of volunteer web-publishing professionals and medical experts work side by side to produce this STD Guide Online Version for you. Through this unique collaboration, we give you access to knowledge and control over your health.



Facts About STD



•65 million of people living in the US with STD

•15 million of new STD cases each year

•2/3 of all STD's occurs in people 25 yrs of age or younger

•one in four new STD cases occur in teenagers

•cervical cancer in women is linked to HPV

•doctors are required to report newly diagnosed STD cases of gonorrhea, syphilis, chlamydia and hepatitis B to state health departments and the CDC

•one in four Americans have genital herpes, 80% of those with herpes are unaware they have it

•at least one in four Americans will contract an STD at some point in their lives

•15% of all infertile American women are infertile because of tubal damage caused by untreated STD

•12% of all infertile American men are infertile because of inflammation of the testicles and sterility caused by untreated STD
 
CHLAMYDIA


I.What is Chlamydia (NGU)?

Treatment Chlamydia (misspelled as clamidia, chlamidia, clamydia, clymidia, chlymidia, clamidia, chlamidia, etc.) is a sexually transmitted disease (STD). Chlamydia trachomatis, or simply chlamydia, is a bacterial infection caused by pathogen (germ) Chlamydia trachomatis that usually infects the genitals of both men and women, but can also infect the throat, rectum and eyes. Chlamydia is one of the most common STD's - and because more than 50% who have chlamydia have no symptoms at all - chlamydia infection usually goes untreated.

Chlamydia photos & pictures >>>

Medications to treat chlamydia >>>



II.How is Chlamydia Contracted?

Chlamydia is mainly passed through sexual activity:



◦vaginal or anal sex with an infected partner

◦oral sex, although this is less common

◦sharing sex toys

◦touching parts of the body with fingers (for example, chlamydia often occurs in the eyes)

You can NOT catch chlamydia from simple kissing, sharing baths, towels, cups, or from toilet seats.



Chlamydia prevention >>>

III.Incubation Period of Chlamydia

7-21 days



IV.Signs and Symptoms of Chlamydia

2/3 of women and 1/2 of men who have chlamydia have no symptoms at all; others have symptoms so mild they aren't noticeable.



Chlamydia Symptoms in Women:

◦an unusual vaginal discharge

◦pain or a burning sensation when passing urine

◦bleeding between periods

◦pain during sex or bleeding after sex

◦low abdominal pain sometimes with nausea

Chlamydia Symptoms in Men:

◦white/cloudy, watery discharge from the tip of the penis

◦pain or a burning sensation when passing urine

◦testicular pain and/or swelling

V.Testing of Chlamydia

A urine test and a swab test collecting fluid from the penis or vagina. (Swab test is obtained by briefly placing a swab in the opening of the urethra at the tip of the penis; this causes brief discomfort and a burning sensation)



VI.Treatment of Chlamydia - Is there a Cure for Chlamydia?

Chlamydia is simple to treat with antibiotics, either a single dose or a course lasting up to two weeks:



Treatment of Chlamydia:

◦Doxycycline 100 mg 2-3 times a day for 10-14 days, or

◦Zithromax® (azithromycin) 1.0 gm (4 x 250 mg) a single dose, or

◦Zithromax® Z-pak® (azithromycin) - 500mg on day 1, followed by 1 tab (250mg) once a day for 4 more days

To avoid re-infection, any sexual partners should be treated too. Treating gonorrhea is advocated for patients being treated for chlamydia, and vice versa (50% have both infections together)



Treatment of Gonorrhea:

◦Cipro® XR 500 mg a single dose, or

◦Levaquin® 500 mg a single dose, or

◦Tequin® 400 mg a single dose;

Once chlamydia has been successfully treated, it won't come back unless a new infection is picked up.



VII.If Chlamydia is Not Treated

Without treatment, chlamydia infection can spread to other parts of the body causing damage and serious long-term health problems.



In women, chlamydia can cause pelvic inflammatory disease, which can lead to:



◦ectopic pregnancy (a pregnancy outside the womb)

◦blocked fallopian tubes (the tubes which carry the egg from the ovaries to the womb), which can result in reduced fertility or infertility

◦long-term pelvic pain

◦early miscarriage or premature birth

In men, chlamydia can lead to:



◦painful inflammation of the testicles, which may result in reduced fertility or sterility

◦occasionally, Reiter's syndrome (inflammation of the joints, urethra and eyes)

http://youtu.be/BJEFSCSV82k

Saturday, June 4, 2011

PERNIAGAAN SARANG BURUNG WALLET & ISU-ISU TERKINI

INDUSTRI SARANG BURUNG

Pelbagai jenis sarang burung walet.

MIRI 1 Feb. – Sarawak mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri sarang burung walet jika ia dilaksanakan secara besar-besaran. Sehingga kini pendapatan tahunan negara dalam industri burung walet mencecah RM1 bilion dengan Pulau Pinang menjadi negeri pengeluar utama diikuti Perak, Melaka dan Johor.

Walaupun produk sarang burung walet dari Sarawak dikenal pasti antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi, namun industri ini masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri pengeluar yang lain. Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak yang tidak membenarkan burung walet diternak di kawasan bandar dan kesukaran mendapatkan lesen menyebabkan industri tersebut tidak berdaya saing.

Sehingga kini, Sarawak mempunyai lebih 1,500 premis sarang burung walet dengan jumlah tertinggi di Sarikei (500) diikuti Samarahan (200) manakala selebihnya terletak Mukah, Bintulu, Miri dan kawasan lain di seluruh bahagian.

Bagaimanapun, jumlah premis yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa kurang daripada lima yang mana hampir 99 peratus rumah burung walet di negeri ini beroperasi secara haram. ‘‘Sebenarnya ramai yang berminat untuk mengusahakan ternakan burung walet, namun kesukaran memperolehi lesen membantutkan usaha itu walaupun ia menyumbang sumber pendapatan lumayan,” kata pengusaha sarang burung walet di Miri, John Low kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut John, sebahagian besar daripada pengusaha ini menunggu kelulusan bertahun-tahun lamanya hingga menyebabkan mereka patah semangat untuk menceburi industri tersebut secara intensif. ‘‘Jika di Semenanjung, tiada larangan untuk mengusahakan sarang walet di kedai, berbanding di sini yang terlalu ketat. Keadaan ini mungkin berpunca daripada pengetahuan yang cetek pihak berkuasa mengenai habitat sebenar burung walet,” katanya.

John berkata, kajian doktor veterinar selama ini mendapati bahawa burung walet sukar untuk mendapat penyakit berjangkit atau menyebarkan penyakit kepada hidupan lain termasuklah manusia. ‘‘Burung walet tidak hinggap di lantai atau berkawan dengan burung lain. Justeru ia bebas daripada sebarang penyakit yang disebarkan unggas,” katanya sambil menambah Miri mempunyai banyak peluang untuk menerokai industri tersebut.

Katanya, burung walet mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada para petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. Beliau menambah, perusahaan ini boleh dikendalikan secara kecil-kecilan menggunakan modal yang sedikit, namun hasilnya dapat dinikmati sepanjang hayat.

Menurut John, sarang burung walet di rumah kini dijual dengan harga antara RM4,300 hingga RM4,500 sekilogram manakala sarang walet yang berada di gua mencecah RM1,300 hingga RM1,500 sekilogram.
Dari segi kualiti, sarang walet rumah mengandungi lebih banyak air liur manakala sarang walet gua mempunyai lebih banyak bulu berbanding air liur. ‘‘Sehubungan itu saya berharap kerajaan negeri akan menyediakan garisan panduan seperti di Semenanjung serta memudahkan permohonan lesen,” kata John yang mempunyai premis sarang burung walet di Mukah, Miri dan Bintulu sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Adzmy Abdullah berkata, kesukaran memperolehi lesen menternak burung walet menyebabkan pengusaha dari Sarawak lebih cenderung melabur di Pontianak, Indonesia dengan nilai pelaburan kini mencecah RM10 juta.

Beliau berkata, walaupun Sarawak merupakan pengeluar sarang burung walet di Malaysia, namun jumlah pengeluarannya masih jauh ketinggalan berbanding Perak dan Selangor. ‘‘Setakat ini kita mempunyai kira-kira 1,500 pengusaha sarang burung walet, namun tidak semua beroperasi sepenuhnya kerana kesukaran mendapatkan lesen. ‘‘Justeru ada yang membuat pelaburan di negara jiran, mungkin kerana di sana prosedurnya lebih mudah dan terjamin berbanding di sini,” kata beliau.

Sehubungan itu, Adzmy menggesa kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan memudahkan prosedur yang ada bagi menggalakkan rakyat tempatan melabur di negeri sendiri seterusnya meningkatkan pengeluaran produk sarang burung walet.

Katanya, setakat ini kerajaan sedang mengeluarkan garis panduan dan ia diharap dapat memudahkan para pengusaha yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet. ‘‘Industri ini mempunyai potensi yang amat besar kerana sarang burung walet mempunyai nilai perubatan yang tinggi di kebanyakan negara Asia seperti China, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Asia Pasifik. ‘‘Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China kerana sup sarang burung sangat popular di kalangan rakyatnya selain turut menjadi ukuran kepada status individu.” jelas beliau.

Adzmy berkata, negara Timur Tengah sudah menunjukkan minat untuk mengimport produk sarang burung walet. Ini menunjukkan ia mempunyai potensi untuk berdaya maju serta ruang komersial yang luas.

Sehingga tahun 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walet dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta. Sarang burung walet kini dijual dengan harga RM3,500 hingga RM4,500 sekilogram bergantung kepada gred dan harga ini dijangka terus meningkat berdasarkan peningkatan permintaan setiap tahun. Malah sarang burung walet atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.


  
Industri Sarang Burung Walet

Pelbagai jenis sarang burung walet.

MIRI 1 Feb. – Sarawak mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri sarang burung walet jika ia dilaksanakan secara besar-besaran. Sehingga kini pendapatan tahunan negara dalam industri burung walet mencecah RM1 bilion dengan Pulau Pinang menjadi negeri pengeluar utama diikuti Perak, Melaka dan Johor.

Walaupun produk sarang burung walet dari Sarawak dikenal pasti antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi, namun industri ini masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri pengeluar yang lain.

Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak yang tidak membenarkan burung walet diternak di kawasan bandar dan kesukaran mendapatkan lesen menyebabkan industri tersebut tidak berdaya saing.

Sehingga kini, Sarawak mempunyai lebih 1,500 premis sarang burung walet dengan jumlah tertinggi di Sarikei (500) diikuti Samarahan (200) manakala selebihnya terletak Mukah, Bintulu, Miri dan kawasan lain di seluruh bahagian.

Bagaimanapun, jumlah premis yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa kurang daripada lima yang mana hampir 99 peratus rumah burung walet di negeri ini beroperasi secara haram. ‘‘Sebenarnya ramai yang berminat untuk mengusahakan ternakan burung walet, namun kesukaran memperolehi lesen membantutkan usaha itu walaupun ia menyumbang sumber pendapatan lumayan,” kata pengusaha sarang burung walet di Miri, John Low kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut John, sebahagian besar daripada pengusaha ini menunggu kelulusan bertahun-tahun lamanya hingga menyebabkan mereka patah semangat untuk menceburi industri tersebut secara intensif. ‘‘Jika di Semenanjung, tiada larangan untuk mengusahakan sarang walet di kedai, berbanding di sini yang terlalu ketat. Keadaan ini mungkin berpunca daripada pengetahuan yang cetek pihak berkuasa mengenai habitat sebenar burung walet,” katanya.

John berkata, kajian doktor veterinar selama ini mendapati bahawa burung walet sukar untuk mendapat penyakit berjangkit atau menyebarkan penyakit kepada hidupan lain termasuklah manusia. ‘‘Burung walet tidak hinggap di lantai atau berkawan dengan burung lain. Justeru ia bebas daripada sebarang penyakit yang disebarkan unggas,” katanya sambil menambah Miri mempunyai banyak peluang untuk menerokai industri tersebut.

Katanya, burung walet mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada para petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. Beliau menambah, perusahaan ini boleh dikendalikan secara kecil-kecilan menggunakan modal yang sedikit, namun hasilnya dapat dinikmati sepanjang hayat.

Menurut John, sarang burung walet di rumah kini dijual dengan harga antara RM4,300 hingga RM4,500 sekilogram manakala sarang walet yang berada di gua mencecah RM1,300 hingga RM1,500 sekilogram.
Dari segi kualiti, sarang walet rumah mengandungi lebih banyak air liur manakala sarang walet gua mempunyai lebih banyak bulu berbanding air liur. ‘‘Sehubungan itu saya berharap kerajaan negeri akan menyediakan garisan panduan seperti di Semenanjung serta memudahkan permohonan lesen,” kata John yang mempunyai premis sarang burung walet di Mukah, Miri dan Bintulu sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Adzmy Abdullah berkata, kesukaran memperolehi lesen menternak burung walet menyebabkan pengusaha dari Sarawak lebih cenderung melabur di Pontianak, Indonesia dengan nilai pelaburan kini mencecah RM10 juta.

Beliau berkata, walaupun Sarawak merupakan pengeluar sarang burung walet di Malaysia, namun jumlah pengeluarannya masih jauh ketinggalan berbanding Perak dan Selangor. ‘‘Setakat ini kita mempunyai kira-kira 1,500 pengusaha sarang burung walet, namun tidak semua beroperasi sepenuhnya kerana kesukaran mendapatkan lesen. ‘‘Justeru ada yang membuat pelaburan di negara jiran, mungkin kerana di sana prosedurnya lebih mudah dan terjamin berbanding di sini,” kata beliau.

Sehubungan itu, Adzmy menggesa kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan memudahkan prosedur yang ada bagi menggalakkan rakyat tempatan melabur di negeri sendiri seterusnya meningkatkan pengeluaran produk sarang burung walet.
Katanya, setakat ini kerajaan sedang mengeluarkan garis panduan dan ia diharap dapat memudahkan para pengusaha yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.‘‘Industri ini mempunyai potensi yang amat besar kerana sarang burung walet mempunyai nilai perubatan yang tinggi di kebanyakan negara Asia seperti China, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Asia Pasifik. ‘‘Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China kerana sup sarang burung sangat popular di kalangan rakyatnya selain turut menjadi ukuran kepada status individu.” jelas beliau.

Adzmy berkata, negara Timur Tengah sudah menunjukkan minat untuk mengimport produk sarang burung walet. Ini menunjukkan ia mempunyai potensi untuk berdaya maju serta ruang komersial yang luas. Sehingga tahun 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walet dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta. Sarang burung walet kini dijual dengan harga RM3,500 hingga RM4,500 sekilogram bergantung kepada gred dan harga ini dijangka terus meningkat berdasarkan peningkatan permintaan setiap tahun.

Malah sarang burung walet atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.


BURUNG LAYANG-LAYANG GUA


Potensi industri burung layang-layang gua Sarang burung layang-layang yang tinggi nilainya.

INDUSTRI burung layang-layang gua atau segelintir menyebutnya sebagai walet, kian popular kerana menjanjikan pulangan lumayan.  Industri ini menawarkan peluang perolehan berlipat ganda kepada pengusaha asalkan mereka menggunakan pendekatan yang betul.

Ramai masih keliru bagaimana rupa burung berkenaan tetapi mereka yang lama terlibat dalam industri ini menggambarkan fizikalnya sebagai burung yang sifatnya tidak suka bertenggek. Spesies burung ini dikatakan banyak terdapat di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia.

Justeru kerana nilainya, ramai berminat untuk mengusahakan sarang burung ini jumlahnya pengusaha semakin bertambah. Nilai sarang burung layang-layang gua ini sangat tinggi. Sarang putih burung ini yang belum dibersihkan boleh dijual antara RM3,000 dan RM25,000 sekilogram. Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya. Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur yang mungkin dianggap kotor. Kajian menunjukkan sarang burung tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi.

Meskipun penghasilan sarang burung yang amat bernilai ini dapat menawarkan peluang perniagaan, tetapi tidak ramai yang sanggup melibatkan diri kerana masalah kos yang tinggi dan tidak cukup pengetahuan.
Satu lagi masalahnya ialah pengurusan dan pemasaran sarang burung yang perlu diberi perhatian. Burung tersebut memerlukan perhatian yang sangat teliti dan tempat bersarang yang sangat spesifik bersesuaian dengan cara hidup burung itu sendiri.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dianggarkan terdapat lebih daripada 30,000 buah rumah sarang burung layang-layang gua di seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini.
Bagaimanapun tidak semua rumah burung yang telah dibina ini didiami oleh burung layang-layang gua ini.

Pembinaannya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh menarik minat burung layang-layang tersebut untuk masuk dan bersarang di dalamnya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan burung layang-layang adalah faktor persekitaran luaran (makrohabitat) dan persekitaran dalaman (mikrohabitat).

Antara faktor persekitaran luaran (makrohabitat) termasuklah kawasan rumah burung, punca air seperti sungai dan sebagainya, kehadiran pemangsa seperti burung hantu, helang dan sebagainya. Faktor dalaman pula termasuk (mikrohabitat) melibatkan suhu, kelembapan udara, keamatan cahaya, struktur pembinaan rumah burung dan sebagainya.

Kedua-dua faktor ini amat penting selain dari lokasi pembinaan rumah burung itu sendiri dalam menentukan kejayaan sesebuah rumah burung. Berdasarkan kepada minat orang ramai yang semakin mendalam itu, Perhilitan menganjurkan bengkel ketiga mengenai burung layang-layang gua bermula hari ini. Bengkel tersebut merupakan lanjutan daripada program kesedaran awam yang telah dijalankan sebelum ini.

Sehingga kini, sebanyak 16 program kesedaran awam telah dijalankan sejak 2008 hingga Jun lalu, manakala satu bengkel telah dijalankan pada tahun lepas. Hasil daripada program dan bengkel tersebut, seramai 2,000 peserta telah mengikuti program anjuran Perhilitan dan 10 peratus atau 200 orang peserta telah menceburi bidang ini dengan membina rumah burung.

Sehubungan itu, Perhilitan mahu supaya jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa dengan pendedahan yang diberikan melalui bengkel seperti itu. Tujuan bengkel diadakan bertujuan membincangkan permasalahan yang berbangkit dalam bidang yang diceburi ini terutamanya dari aspek pengurusan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi masalah berkaitan.

Ini kerana, sehingga kini, tiada satu pendekatan penyelesaian yang standard diwujudkan kerana isu yang berbeza-beza mengikut negeri, kawasan, habitat dan reka bentuk rumah burung itu sendiri. Melalui bengkel ini, peserta khususnya pengusaha baru, didedahkan dengan pengurusan yang sistematik dan berkesan bagi menjamin kejayaan rumah burung mereka. Melalui pendekatan ini, satu cara dan kaedah pengurusan akan diwujudkan untuk kepentingan bersama.

Perhilitan pada masa sama, sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang berminat dalam memulakan perusahaan sarang burung layang-layang ini di samping menjadikan ia sebagai satu bidang perindustrian yang sah di sisi undang-undang. Bengkel seperti itu juga boleh dijadikan platform meningkatkan bilangan pengusaha bumiputera di samping memastikan setiap pengusaha dan rumah burung layang-layang gua mempunyai permit dan lesen yang sah di samping meningkatkan pertambahan populasi burung layang-layang gua di Semenanjung Malaysia khasnya.

Oleh yang demikian, bengkel ini merupakan satu platform untuk mengutara dan membincangkan permasalahan yang timbul dan berkongsi pendapat serta pengalaman untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Segala perbincangan akan direkodkan dan dibukukan untuk rujukan peserta.


Burung Walit

Penuaian sarang burung Walit dari gua-gua secara komersal telah dijalankan sejak lebih 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, mesra haiwan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang.

Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm. burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap.

Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit.

Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan habitat yang tertentu. Sarang burungb Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tidak berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya sarang burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.

Kehidupan ala-baar:

Makanan asas burung Walit adalah serangga yang ditangkap semasa ia berterbangan. Aktiviti harian seterusnya, membuat sarang di antara batu-batan dan simen di dalam atau di sisi bangunan di Bandar dan kota raya. Burung-burung ini akan terbang pantas sambil mengkilas serta menebusi ruang udara di antara liku-liku jalan dan rumah mencecah dinding, mencelah antara ruang kecil dan terus terbang kea wan. Pada masa yang sama, ia akan mengeluarkan kicauan yang bernada tinggi ( high pitched ). Dari pandangan burung Walit pada pandangan aras terbangnya, dinding perumahan adalah seakan-akan ‘permukaan batu-batan’, dan ruang di antara dinding atau atap membuka peluang untuk membuat sarang di dalam ‘gua’. Oleh kerana persekitaran bandar sanagat sesuai dan selesa, ini menjadikan sedikit sahaja burung Walit yang membiak di habitat semulajadinya di hutan rimba.

Di dalam mencatatkan Amalan Baik Penternakan Haiwan, beberapa perkara diambil kira iaitu :

1. Keperluan fizikal dan perilaku haiwan pembiak dan bukan pembiak;

2. Perlakuan berperikemanusiaan;

3. Keselamatan manusia;

4. Keselesaan pengurusan haiwan, dan

5. Keuntungan yang baik bagi premis.



‘Lima Kebebasan’ , sebagai kayu pengukur bagi kebajikan haiwan adalah :

• Bebas dari lapar dan dahaga.

• Bebas dari ketidakselesaan, kehangatan dan fizikal.

• Bebas dari kesakitan, kecederaan dan penyakit.

• Bebas dari keresahan.

• Bebas mempamerkan perilaku dan fisiologi yang semulajadi.



Antara spesis Burung Walit

1. Collocalia esculenta cyanoptila.

2. Collocalia linchi dodgie.

3. Aerodramus fuciphagus vestitus.

4. Aerodramus fuciphagus amechanus.

5. Aerodramus fuciphagus fuciphagus.

6. Aerodramus maximus lowi.

7. Aerodramus maximus tichelmani.



Wajarkah walit di bandar?


Pengubahsuaian rumah kedai di bandar menjadi rumah untuk burung walit menjanjikan pulangan pendapatan lumayan, bagaimanapun ramai penduduk yang merungut ia menimbulkan gangguan termasuk pencemaran bunyi, bau dan menjejaskan kesihatan.

TANPA diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lalu. Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China memandangkan sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya, selain turut menjadi 'pengukur' status individu.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Malah, sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau aerodramus maximus yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.

Isu pelesenan

Namun, beberapa isu timbul sejak kebelakangan ini termasuk masalah perlesenan kira-kira 1,500 rumah burung walit di Sarawak. Masalah itu menjejaskan perkembangan industri yang berpotensi besar ini. Jika di Semenanjung Malaysia, premis burung walit dibenarkan dibina di rumah kedai dan lot komersial di bandar mengikut syarat tertentu, premis yang sama tidak dibenarkan di kawasan bandar di negeri itu.

Ini kerana Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan burung walit diternak di kawasan bandar. Peraturan Perlindungan Hidupan Liar (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998 juga menjelaskan bahawa spesies itu hanya boleh diternak di tanah pertanian di kawasan luar bandar, selain habitat asalnya seperti gua. "Sepatutnya, kerajaan negeri menyokong industri ini dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan garis panduan penternakan burung walit," kata Dr. Koh Ung Leong di Sibu baru-baru ini.

Doktor veterinar itu berkata, burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. Tinjauan Bernama mendapati terdapat banyak rumah burung dibina dan rumah kedai diubahsuai menjadi rumah burung di bandar berhampiran pesisir pantai seperti di Mukah, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

Sebelum ini, persatuan pedagang sarang burung walit di negeri itu merayu campur tangan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyelesaikan masalah tersebut selepas tindakan penguatkuasaan bermula pada Oktober tahun lalu di Mukah.

Sehingga hari ini, daripada lebih 1,500 premis burung walit yang ada, hanya dua premis diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Ini bermakna 99.8 peratus rumah burung walit di negeri itu adalah premis haram. "Kami berharap kerajaan negeri akan menyediakan garis panduan yang sama seperti di Semenanjung. Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini," kata Pengerusi Protem Persatuan Perdagangan Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting.

Dalam isu ini, kerajaan negeri dilihat mempunyai dua pilihan sama ada memusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan taman eko atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit. "Mustahil untuk memindahkan burung-burung ini. Burung walit bukannya seperti ayam atau itik yang boleh kita tangkap dan pindahkan. Burung-burung ini sudah jadikan rumah burung sebagai hotel tempat bersarang," kata pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Datuk Beh Heng Seong.

Difahamkan sehingga hari ini, belum ada kaedah memindahkan burung walit yang juga spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972. Ini menjadikan usaha memindahkannya, terutama anak burung, adalah mustahil tanpa risiko 'membunuh' burung itu.

Persoalannya, bagaimanakah kerajaan negeri terutama Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak akan menangani isu ini tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak termasuk pemilik rumah burung?

Mengganggu penduduk

Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, menegaskan bahawa pembangunan industri ini perlu dilakukan secara sistematik mengikut undang-undang yang sedia ada. "Kebanyakan yang minta lesen adalah di bandar yang mengikut definisi undang-undang, mereka tidak layak," kata Len Talif mengenai risiko epidemik seperti selesema burung menyebabkan kenapa kerajaan negeri tidak membenarkan penternakan burung itu di bandar.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising pembesar suara yang dipasang di premis burung itu bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang. Len Talif juga mendakwa pembinaan rumah burung di kawasan bandar turut menjejaskan perniagaan sesetengah pihak terutama mereka yang menjual makanan di restoran atau gerai berdekatan.

"Sepatutnya, pembinaan rumah burung di bandar tidak dibenarkan kerana melanggar undang-undang," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan membina taman eko dan memberi lesen kepada individu berminat membina rumah burung di tanah pertanian di luar bandar.

Kebanyakan pemilik rumah burung melihat masalah birokrasi memohon lesen melibatkan agensi berkaitan seperti pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, Sarawak Planning Autority (SPA) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak merumitkan keadaan. Ketiadaan jaminan burung bersarang di taman eko dan premis burung baru juga menyebabkan kenapa mereka mahu kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan mengikut Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) untuk burung walit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

GAHP, yang merupakan antara syarat lesen di Semenanjung, menetapkan spesifikasi tertentu bagi memastikan premis burung walit dibina kondusif dan mesra alam, selain menetapkan had bunyi tidak melebihi 40 desibel dengan corong 60 darjah menghala ke langit bagi mengatasi masalah bunyi. - Bernama

Cubaan seludup sarang burung bernilai RM357,000 ke Malaysia tumpas

NEW DELHI: Pegawai Kastam Sri Lanka menahan dua warga negara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike semalam ketika cuba menyeludup keluar sarang burung bernilai RM357,000 ke Malaysia. Kedua-dua suspek itu dipercayai membawa 44kg Wehilihiniya (sarang burung
layang-layang Sri Lanka yang boleh dimakan) atau 15,000 sarang dalam tiga beg namun menjadi panik apabila melihat pegawai Kastam, menurut laporan akhbar Daily Mirror.

"Suspek terbabit yang memasuki lapangan terbang itu sedang duduk berhampiran pintu masuk. Mereka melarikan diri sebaik sahaja melihat kami, tetapi mereka ditahan oleh pegawai keselamatan dan pegawai Kastam," kata Mali Piyasena, Timbalan Pengarah Kastam kepada akhbar berkenaan.

Kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 29 Dis ini. Menurut Jabatan Kastam, seorang daripada suspek itu ditahan Ogos lepas ketika cuba menyeludup keluar 38kg sarang burung Wehilihiniya bernilai hampir RM300,000.
Dia bagaimanapun didenda dan kemudian dibebaskan.



--------------------------------------------------------------------------------

WALIT EMAS



--------------------------------------------------------------------------------

Penternak dijanjikan pulangan lumayan


IBRAHIM Marsan dibantu isteri, Rosidah Dawi untuk menjalankan perniagaan sarang walit.

KOTA TINGGI 10 Ogos - Pulangan lumayan menerusi jualan sarang burung walit menjadikan semakin ramai anggota masyarakat berminat menternak burung itu sejak kebelakangan ini.


Begitupun, burung yang berwarna gelap itu sebenarnya mempunyai tabiat dan kehidupan unik yang perlu diketahui sebelum seseorang menceburi bidang ternakan sarang burung walit.


Selain kegemarannya meluncur dan terbang pantas kerana saiznya yang kecil, haiwan itu adalah burung pemakan serangga-serangga kecil yang ada di daerah pesawahan, tanah terbuka, hutan dan pantai serta perairan. Spesies burung ini menetap di gua atau rumah yang bersuhu lembap dengan keadaan remang dan menggunakan langit-langit bangunan atau gua untuk membuat sarang.


Bagaimanapun untuk mendapatkan sarang walit yang memuaskan, penternak burung itu harus menyediakan makanan tambahan terutama untuk musim kemarau. Sementara itu, sarang burung itu yang diperbuat daripada air liur itu biasanya dimasak untuk campuran ubat tradisional atau makanan mewah.


Antara penyakit yang dikatakan boleh disembuhkan menerusi sarang burung walit adalah paru-paru, panas dalam, penambah tenaga dan melancarkan peredaran darah. Mengenai rumah burung walit pula, ia perlu dibina berdasarkan keperluan burung tersebut bagi menjamin ia akan terus menetap di situ.


Seorang pengusaha rumah burung walit, Ibrahim Marsan, 51, berkata, rumah tersebut perlu ada ruang yang luas kerana sewaktu memasuki bangunan, burung walit akan berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. "Bilik rehat perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristirahat dan membina sarang," jelasnya dari Felda Lok Heng Barat, di sini, baru-baru ini.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan. Selain itu, katanya, lubang keluar masuk burung pula sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.


Menurutnya, rumah burung itu juga memerlukan sistem paip jaringan yang diletak di bahagian bumbung dan dalam bangunan. Sistem ini perlu kerana apabila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.


Untuk memanggil burung walit pulang membuat sarang atau meningkatkan pengeluaran, pengusaha boleh memasang sistem audio


Harga cecah RM10,000 sekilogram  Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------

MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut.

Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit.

KIRI ATAS: KEBANJIRAN premis yang menjadi lokasi penternakan burung walit meresahkan ramai pihak.

KANAN ATAS: BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,

BAWAH: SARANG burung yang telah sempurna perlu diasingkan bulunya.

Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan?

Isu pelesenan

Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu itu merupakan masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?

BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,

Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak pada Oktober tahun lalu. Ia dilihat membuka mata umum mengenai kewujudan industri sarang burung walit.

Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan. Anak burung walit iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di laman youtube.com.

Rentetan daripada operasi itu, isu tersebut mula dibangkitkan oleh Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah, diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei. Mereka meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada. Kebanyakannya adalah lot rumah kedai terbengkalai yang kemudian membawa hasil yang sangat lumayan kepada pedagang burung walit.

Dibangunkan secara terkawal

Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.

Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Ini menyukarkan keadaan bagi industri burung walit.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.

Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan yang diterima sejak Mei lalu. "Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan old-player (pengusaha lama) yang memenuhi syarat. Selebihnya ditolak kerana premis burung itu terletak di kawasan bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.


Beliau berkata, penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.

BURUNG ini mampu memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya.

Sumber industri melihat pemberian lesen sebagai perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu, hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.

Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei. Ia meliputi kawasan pertanian yang telah dikenal pasti.

Pengusaha juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta pihak berkuasa tempatan.

Satu berita baik adalah kerajaan negeri juga akan membina tiga taman eko (eco-park) burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual atau disewakan kepada pihak yang berminat.

Kelonggaran untuk beroperasi

Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di taman eko yang dibina, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.

Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.

SARANG burung walit yang telah dikumpul perlu diproses sebelum boleh dijual. "Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting. 'Permintaan' itu nyata menimbulkan situasi bertentangan antara pihak kerajaan negeri yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau taman eko yang disediakan.

Keadaan itu pasti akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. Terutama apabila terdapat hujah mengenai ancaman penyakit yang melibatkan spesies burung itu. Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih daripada 5,000 ujian dilakukan, spesies burung walit didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.


PELESENAN yang sistematik perlu bagi memangkin pembangunan industri ini. - Gambar hiasan

Pendaftaran dengan JPV

JPV adalah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan oleh Kabinet pada April lalu. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara pada 14 Disember ini.

Garis panduan yang dikenali sebagai 1GP itu mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Mac depan. "Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.


SALAH sebuah rumah burung walit yang dibina di atas tanah berstatus pertanian di Mukah, Sarawak.

Tiada lagi rampasan

Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan. Difahamkan juga bahawa operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi akan merampas sarang burung. Sebaliknya, kompaun dikenakan manakala peralatan berkaitan akan dirampas. Ia bagi mengelakkan berlakunya populasi burung bersarang di bangunan berdekatan.

Perkembangan itu dilihat sebagai indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan. Namun ia bukanlah lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah. Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan, selagi isu pelesenan tidak diselesaikan segera.

Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung perlu untuk menjayakannya. Itu pun jika negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit, setanding dengan Indonesia dan Thailand

PUTRAJAYA - Sarang burung walit siap diproses keluaran pengusaha tempatan diiktiraf pengguna antarabangsa sebagai antara yang terbaik sehingga ia berjaya dijual dengan harga RM10,000 sekilogram.
Statistik eksport sarang burung walit negara tahun lalu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia turut mencatatkan nilai eksport lebih baik berjumlah RM1 bilion.

Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Datuk Paduka Beh Heng Seong berkata, populasi burung walit hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam.
"Kita juga mengeksport sarang burung walit ke China, Taiwan dan Hong Kong," jelasnya. Sehingga kini terdapat lebih daripada 50,000 pengusaha sarang burung walit tempatan. Harga setiap sarang burung walit yang belum diproses mampu meraih harga di antara RM3,500 sehingga RM4,500 setiap kilogram.



BURUNG WALET

Industri walit bukan satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini, penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan. Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran. Ianya perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.


FAKTA BURUNG WALIT

Burung Walit seringkali disalahertikan sebagai Burung Layang-Layang. Berikut perbezaan antara Burung Layang-Layang dan Burung Walit :


BURUNG WALIT BURUNG LAYANG-LAYANG
  • WALIT- Famili Apodidae -Tidak boleh bertenggek - Sarang boleh dimakan Sarang
  • Layang-Layang Famili Hirudininae - Bertenggek   -Sarang tidak boleh dimakan, dibuat dari rumput dan batu

 Terdapat 8 spesies Terdapat 74 spesies

Burung walit adalah dari keluarga menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Terdapat 8 spesis yang mana sarangnya boleh dimakan dan mempunyai kasiat yang tinggi.  Spesies-spesies ini banyak di temui di negara-negara Asia Tenggara. Kehidupan burung ini pada asalnya adalah di dalam gua-gua, namun kini ia mula bermigrasi ke kawasan-kawasan bandar dan menghuni di bangunan-bangunan terbiar yang dianggap sebagai satu habitat yang sama seperti tempat asalnya.

Kesemua aktiviti burung ini seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Ia hidup berpasang-pasangan betina dan jantan. Lazimnya ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja.

 INDUSTRI SARANG BURUNG

Burung walit membuat sarang dari cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan kalenjar saliva. Cecair ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.  Terdapat empat warna sarang burung iaitu putih, kuning, merah dan hitam. Dari kajian yang dilakukan ke atas nutrisi sarang burung, ia mengandungi karbohidrat, asid amino dan garam galian. Glikoprotein di dalam karbohidrat menjadi bahan utama. Sarang burung kaya dengan asid sialic yang dikatakan banyak membantu perkembangan saraf (neurologi) dan daya intelek pada bayi. Asid amino dan garam galian juga adalah antara komponen penting dalam sarang burung. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu (non-essential) iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu (essential) iaitu threonin dan valine. Ia membantu memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.

 Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis burung ini di Malaysia. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini. Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 - RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses. Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.



*merujuk kepada laporan tahunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

 Perbandingan Industri Sarang Burung Walet Secara Konvensional Dan Komersial



 A) Secara Konvensional (Gua-Gua)



 •Di gua-gua habitat asal


•Ada bnyak musuh


•Sarang di bina di langit-langit gua di tempat sesuai

 B) Secara Komersial (Rumah Burung)

 •Pembinaan lebih cepat dan sempuna


•MUTU SARANG lebih bersih dan seragam kerana sarang di pungut secara terpilih sahaja oleh pengusaha


•Reka bentuk yang sesuai


•Bagunan kukuh dan tahan lama


•Kalis musuh(binatang,serangga,unggas dan manusia)


•Burung walet emas akan rasa selamat dan selesa
 C) Diantara harga burung walet di pasaran iaitu:

 •Pasaran tempatan:


MENTAH – RM 4,500.00 – RM 5,500.00

PROSES - RM 6,000.00 - RM 8,000.00



•Pasaran Antarabangsa;


MENTAH - RM 8,000.00 – RM 12,000.00

 PROSES - RM 12,000.00 – RM 24,000.00

 D) Lebih dari RM 100 Billion nilai permintaan dunia

 E) 20% sahaja dapat dipenuhi


1) INDONESIA 1


2) THAILAND 2


3) MALAYSIA 3






Perkembangan Industi Sarang Burung Di Malaysia

 1) Perusahaan Secara Konvensional

 •Burung Layang (walet) ini hidup secara semulajadi di habitat asalnya di gua-gua batu kapur di semenanjung Malaysia,Sabah,dan Serawak.


 2) Proses Perubahan perusahaan sarang burung layang-layang (walet) dari cara konvensional kepada secara komersial.

  3) Terdapat 7 jenis Burung Layang- layang (walet) Di Malaysia

 •Collocalia esculenta cyanoptila


•Collocalia Linci Dodgie


•Aerodramus Fuciphagus Vestitus


•Aerodramus Fuciphagus amechanus


•Aerodramus Fuciphagus fuciphagus


•Aerodramus maximus lowi


•Aerodramus maximus tichelmani


4) Di antara Burung Layang- layang yang popular dan di kenali umun;

 •Swalow ( kopinis)


•Burung Seriti


•Burung Walet


•Burung Walet merupakan spesis yang terbaik,sarangnya boleh dimakan,mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia dan harga yang amat tinggi antara RM 4,500-RM 5,500 tiap satu kilo (yang belum di bersihkan)

 Pembiakan/Mengawal Sambil Terbang Atau Semasa Bergantung Didalam Rumah Burung (Gua)

 1) Bertelur – biasanya tidak lebih dari 2 biji

 2) Menbina sarang - dengan lendir (air) dari lelengit dari dalam mulut

 3) Anak burung jenis berbulu pahat bukan macam anak ayam atau anak burung puyuh , anak burung walet tidak boleh berdikari

 4) Anak burung itu akan dewasa dan matang dan mengulangi pusingan pambiakan , mencari pasangan dan mengawan

Sikap Psikologi burung walet 

1) Sensitif Pada Bunyi:

 •Bunyi koloni burung termasuk burung tiruan


•Selesa tingl secara koloni


•Tertarik dengan bungi koloni dalam rumah (walaupun tiruan)

  2) Mengunakan Bunyi (ekolokasi) untuk bergerak ditempat gelap samada dalam gua atau rumah burung walet

 3) Sensitif dengan bau koloni


Potensi Industri Sarang Burung Walet

i. Kelulusan Pihak Kerajaan


ii. Pengeluaran Lesen


iii. Penglibatan Agresif Pihak Swasta


iv. Permintaan Melebihi Penawaran


v. Harga Sarang Burung Sangat Mahal


vi Modal Sekali : Untung Selama-Lamanya


vii. Tambah Nilai Hartanah (Rumah Burung Walet)


viii.Terdapat Di Kawasan Asian Sahaja


ix. Pembiakan Secara Semulajadi


xi. Daya Saing Sama Antara Bumiputera Dan Bukan


Bumiputera


xii. Komitmen Paling Minima


xiii.Risiko Hampir ’O’


xiv.Keuntungan 90% Dari Perolehan


Reka Bentuk Rumah Burung Walet Emas

1) Pendapat Umum Bahan Binaan


2) Rasionalnya Rumah Dari Kayu


3) Gem Mencadangkan Rumah (Bangunan) Batu


4) Reka Bentuk Rumah Burung Juga Mempunyai Berbagai Pendapat

 •Dari Segi Saiznya


•Dari Segi Tingkat


•Dari Segi Ketinggian Antara Tingkat


•Longkang Berair Di Keliling Bangunan Kalis Musuh.


•Tambahan Ciri-Ciri Keselamatan


5) Hasil Penyelidikan (R&D) Gem Mencadangkan

  •Saiz Lebar Dan Panjang (Tiap Tingkat)

 •Ketinggian Antara Lantai Setiap Tingkat Yang Sesuai

 •Bumbung Lebih Baik Di Perbuat Daripada Konkrit Selap Di Aras Disediakan Air

 •Dinding Rumah Burung Walet

- Biasanya Diperbuat Dari Batu Bata Yang Di Lepa Dalam Dan Luar

 -Terbaru Digunakan Batu Bata Khas

6) Bangunan Kalis Musuh

JPV terajui industri burung walet negara

PUTRAJAYA 7 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang menerajui industri burung walet negara menyasarkan lebih ramai pengusaha menceburi perniagaan yang mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kekurangan bekalan menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walet ke China iaitu RM1 bilion.

''China, Hong Kong dan Taiwan lebih berminat dengan sarang burung walet dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung.

''Hanya sekitar 50,000 rumah dijadikan tempat perusahaan sarang burung walet di seluruh negara dan kita memerlukan lebih ramai pengusaha untuk memenuhi permintaan dari China," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Abdul Aziz berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga permohonan sehari daripada orang ramai yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.

Menurutnya, JPV juga bekerjasama rapat dengan Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia untuk mengendalikan kursus-kursus penternakan burung walet.

JPV juga berjaya menangani isu-isu berkaitan perladangan walet seperti di bangunan warisan, berdekatan lapangan terbang dan premis tertutup di kawasan bandar.

''Kos termurah untuk memulakan perusahaan ini ialah RM10,000 dan sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan dan RM7,000 jika sudah dibersihkan.

 Jelas beliau, masih ramai yang tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang walaupun fizikalnya hampir sama.

Burung layang-layang membuat sarang daripada bahan seperti rumput atau daun tetapi burung walet membuat sarangnya daripada air liur.

 Sarang yang dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ sebaliknya untuk bertelur dan anaknya membesar sahaja.

 Abdul Aziz menambah, JPV telah mewujudkan laman web burungwalit.com.my untuk pendaftaran premis burung walet sebagai langkah pemantauan, pengawalseliaan dan pendaftaran.


INDUSTRI WALET

JPV terajui industri burung walet negara

PUTRAJAYA 7 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang menerajui industri burung walet negara menyasarkan lebih ramai pengusaha menceburi perniagaan yang mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kekurangan bekalan menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walet ke China iaitu RM1 bilion. ''China, Hong Kong dan Taiwan lebih berminat dengan sarang burung walet dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung. ''Hanya sekitar 50,000 rumah dijadikan tempat perusahaan sarang burung walet di seluruh negara dan kita memerlukan lebih ramai pengusaha untuk memenuhi permintaan dari China," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Abdul Aziz berkata, setakat ini pihaknya menerima tiga permohonan sehari daripada orang ramai yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.

Menurutnya, JPV juga bekerjasama rapat dengan Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia untuk mengendalikan kursus-kursus penternakan burung walet.

JPV juga berjaya menangani isu-isu berkaitan perladangan walet seperti di bangunan warisan, berdekatan lapangan terbang dan premis tertutup di kawasan bandar. ''Kos termurah untuk memulakan perusahaan ini ialah RM10,000 dan sarang burung walet boleh mencecah RM4,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan dan RM7,000 jika sudah dibersihkan.

Jelas beliau, masih ramai yang tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang walaupun fizikalnya hampir sama.

Burung layang-layang membuat sarang daripada bahan seperti rumput atau daun tetapi burung walet membuat sarangnya daripada air liur.

Sarang yang dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ sebaliknya untuk bertelur dan anaknya membesar sahaja.

Abdul Aziz menambah, JPV telah mewujudkan laman web burungwalit.com.my untuk pendaftaran premis burung walet sebagai langkah pemantauan, pengawalseliaan dan pendaftaran.

Sabrina Properties Bangun Pusat Ternakan Burung Walit Bernilai RM200juta

KOTA BAHARU, 26 Sept (Bernama) -- Sabrina Properties Sdn Bhd akan membangunkan pusat ternakan burung walit atau burung layang-layang secara komersil yang dikenali sebagai Walit Agro Park dengan pelaburan bernilai RM200 juta.

Pengarah Eksekutif Sabrina Properties, Azlan Mohd Yusof berkata projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang melibatkan pembangunan di kawasan seluas 16 hektar di pinggir Sungai Kelantan dan Sungai Keladi, di sini. "Fasa pertama projek itu yang membabitkan pembinaan 200 unit bangunan teres, setiap unit dijual pada RM400,000, akan dimulakan pembinaannya pada tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata keseluruhan projek itu melibatkan 515 unit bangunan yang merangkumi lima jenis binaan iaitu kluster, kembar, teres, banglo dan hotel. "Ketika ini kami sedang menguruskan hal berkaitan pengambilan tanah kerana proses pemilikan belum selesai sebelum pembinaan fasa pertama membabitkan 200 unit bangunan teres dimulakan tahun depan," katanya.

Azlan berkata projek itu merupakan projek perintis kepada syarikat sejak penubuhannya dua tahun lalu dan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha tempatan. "Projek burung walit mempunyai potensi besar kerana hasilnya mendapat sambutan menggalakkan di pasaran, selain pengusaha tidak perlu bimbang terhadap pemasaran hasil burung ini. Kami yakin, industri ini bakal memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha," katanya.

Beliau berkata selain bangunan yang menjadi lokasi pembiakan dan sarang burung walit itu, kawasan berkenaan juga akan dibangunkan dengan hotel, medan selera dan lokasi memproses sarang burung itu di samping pengawasan oleh kamera litar tertutup.

Sekumpulan burung walit yang tinggal di dalam bangunan lama.

MENDENGAR kicauan burung pada pagi hari mungkin agak syahdu bagi kebanyakan orang, seolah-olah mereka berada di kawasan hijau yang jauh daripada hingar-bingar enjin kenderaan. Namun bagi pemilik kedai kopi, Ong Poh Kok, 54, di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, kicauan harmoni burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit kini berubah menjadi mimpi ngeri. Poh Kok bersama jirannya, pengusaha kedai makan, M. Ramachandran, 58, dan penduduk lain di Jalan Tok Lam ibarat hidup di sarang burung gergasi. Mereka pernah berpiket secara aman bagi membantah pihak berkuasa tempatan yang didakwa gagal bertindak biarpun puluhan aduan dibuat mengenai pencemaran udara dan bunyi di situ. “Kami bukan dengki dengan pengusaha burung itu tetapi perniagaan itu biarlah sensitif dengan penduduk di sini yang merana kerana dia menjadikan bangunan mereka sebagai sarang walit,” katanya. Masalah bermula apabila beberapa pengusaha membuka operasi penternakan burung layang-layang di tingkat atas rumah kedai di kawasan itu lima tahun lalu. Sejak itu, kicauan walit menjadi irama wajib Jalan Tok Lam. Ramai penduduk mengakui anak mereka juga tidak lagi mahu balik beraya ke rumah disebabkan kicauan burung itu selain aroma dan ketulan najisnya mencemarkan kawasan tersebut.

 SARANG burung ini biarpun berbau kurang enak mendapat permintaan tinggi di pasaran. - Gambar hiasan

Gejala ini bukan sahaja berlaku di Terengganu. Ia juga menjadi masalah di Pulau Pinang. Kerajaan melalui Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan membenarkan industri itu dikembangkan secara komersial pada Oktober 2005 tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah bisnes itu tidak dibenarkan di dalam atau dekat dengan kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung itu hendaklah pada tahap nada bunyi rendah. “Malangnya kerajaan negeri kurang bertindak tegas dalam menutup perniagaan sarang walit yang jelas ‘merosakkan’ sejarah bandar George Town,” kata Dr. Choong Sim Poey. Presiden Yayasan Warisan Pulau Pinang itu berkata, selaku badan bukan kerajaan yang membela nilai khazanah sejarah negeri, tapak warisan dunia itu kini menjadi syurga walit. “Ia sepatutnya sudah lama dihentikan tetapi lihatlah beberapa jalan bersejarah yang berubah kepada imej bising akibat burung walit seperti Lebuh Armenia dan Lebuh Campbell,” jelasnya dalam nada kesal.

IBRAHIM meninjau keadaan sarang burung walit miliknya yang dibina dalam bangunan khas dekat rumahnya di Kota Tinggi, Johor.

Bayangkan terdapat lebih 155 buah kedai sarang walit di hampir semua jalan di pusat bandar George Town sahaja dan dianggarkan kini terdapat lebih 10,000 premis burung walit di seluruh negara. Kerajaan tempatan perlu memperkenalkan syarat yang ketat untuk dipatuhi kerana industri itu menimbulkan pelbagai risiko di kalangan penduduk seperti penyakit, kotoran dan gangguan bunyi. Kesannya boleh menyebabkan nilai hartanah jatuh, kualiti hidup terjejas dan ternakan burung walit di kawasan padat penduduk akan membawa jolokan bandar hantu dalam jangka panjang. Di Pulau Pinang, sebahagian besar daripada lebih 800 pengusaha burung itu beroperasi di daerah Seberang Perai Selatan khasnya Nibong Tebal.

 Berdasarkan rekod semasa, Majlis Perbandaran Seberang Perai pernah menerima 1,046 permohonan daripada pengusaha di semua tiga daerah di Seberang Perai. Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim memberitahu, pihaknya banyak menerima aduan mengenai gangguan burung itu dari seluruh negara. “Dalam satu kes di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, sejumlah 60 penduduk di kawasan itu menghantar memorandum kerana aduan mereka sejak 10 tahun lalu tiada tindakan,” katanya.

 Penduduk beberapa pekan kecil di Kota Tinggi, Muar dan Batu Pahat turut menyuarakan ketidakpuasan hati ekoran industri itu dijalankan tanpa kawalan pihak berkuasa. Bau loya bahan makanan burung itu, pembiakan nyamuk daripada takungan air di sarang, tompokan najis selain bunyi cicipan tanpa henti daripada pembesar suara nyata menjadi masalah besar. “Tindakan keras perlu dikenakan kerana ada kes premis yang diluluskan tidak mematuhi syarat terutama mengeluarkan tahap bunyi lebih 40dB dan gagal mengikut jangka masa operasi,” katanya.

PULANGAN lumayan bisnes sarang burung walit menjadikan semakin ramai yang berminat menternak spesies tersebut sejak kebelakangan ini. Namun, burung berwarna gelap itu sebenarnya ada kehidupan unik. Ia perlu diketahui sebelum seseorang menceburi bidang ternakan sarang burung walit. Selain kegemaran meluncur dan terbang pantas kerana saiznya kecil, haiwan itu adalah pemakan serangga kecil di sawah, tanah terbuka, hutan, pantai dan perairan.

Spesies itu menetap di gua atau rumah yang mempunyai suhu lembap dengan keadaan remang dan menggunakan lelangit bangunan untuk membuat sarang daripada air liurnya. Bagi seorang penternak, Ibrahim Marsan, bukan mudah untuk memulakan projek sarang walit tetapi atas minatnya, dia menebalkan muka bertanya kepada penternak yang lebih berpengalaman.

Peneroka Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor itu bernasib baik kerana ada ramai rakan kaum Cina mengusahakan ternakan itu dan menurunkan ilmu kepadanya. Salah satu faktor dia menceburi bidang itu kerana ia mampu memberikan keuntungan lumayan selepas 22 tahun terlibat dalam kerja penanaman kelapa sawit. “Dalam penanaman kelapa sawit, pokok perlu ditebang untuk program tanam semula. Apabila pokok tiada, kita tiada hasil bagi meneruskan hidup. Saya lihat ternakan walit berbeza daripada kelapa sawit. “Tidak perlu benih, jagaan rapi atau bagi makan, cuma sediakan rumah dan bila cukup masa, kutip hasil,” katanya yang nekad membina rumah burung tersebut dua tahun lalu. Dengan modal permulaan sebanyak RM40,000, rumah burung itu yang dibina hasil titik peluh tanaman kelapa sawit didirikan di bahagian atas rumahnya sendiri.

“Bisnes ini memang untung waima belum dikomersialkan sepenuhnya. Pulangannya cukup untuk rezeki sekeluarga,” katanya yang turut memiliki bengkel motosikal yang diuruskan anaknya. Pada masa ini terdapat 2,000 ekor walit menginap di rumah burung itu dan setiap hari Ibrahim memainkan bunyi burung itu dari pukul 6.30 pagi hingga 7.45 petang untuk memanggil mereka. Burung walit tidak mudah membina sarang jika kawasan sekitarnya tidak sesuai. Setelah empat bulan menginap, barulah burung itu membina sarang daripada air liurnya. Menyedari projek itu mampu memberi pendapatan lumayan, Ibrahim memperuntukkan RM200,000 untuk membina sebuah lagi rumah burung setinggi dua tingkat. “Kini saya hanya pungut hasil satu kilogram sebulan. Pada saya itu sudah baik kerana satu gram jualan ialah RM4.50. Mungkin pada masa depan saya mampu raih 10 hingga 20 kilogram sarang burung sebulan,” katanya. Setiap satu sarang burung mampu mencecah berat kira-kira 10 gram dan ia dijual dengan harga tinggi kerana khasiatnya dipercayai baik untuk kesihatan.

 MASALAH KESIHATAN DAN PERSEKITARAN AKIBAT DARIPADA PEMELIHARAAN BURUNG WALLET YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDURE TERTENTU.
ARKIB : 15/01/2011

Pelihara burung walet jejas kesihatan?
Oleh HARIS FADILAH AHMAD

Utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 14 Jan. - Seramai 2,500 penduduk di beberapa taman perumahan di sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengkaji semula kebenaran memelihara burung walet yang didakwa menjejaskan kesihatan dan mengganggu keselesaan di kawasan tempat tinggal mereka.

Mereka yang tinggal di Taman Tiew Soon, Taman Intan, Taman Mawar Murni, Taman Sentosa, Taman Permai, Taman Damai dan Sungai Jan meminta PBT melarang pengusaha terbabit beroperasi di kawsan mereka.

Tinjauan Utuasan Malaysia di premis bandar itu semalam mendapati kehadiran burung walet dan layang-layang pada pukul 7 petang mengganggu ketenteraman mereka berikutan bunyi bising alat pembesar suara selain burung itu membuang najis dan debu halus di persekitaran rumah mereka.
Seorang penduduk Taman Intan, Ng How Chong, 51, berkata, sebanyak 12 premis perniagaan dua tingkat berdekatan 20 meter dengan tempat tinggalnya telah diubah suai untuk dijadikan sarang burung berkenaan.

"Saya bimbang kerana isteri saya yang menghidap penyakit buah pinggang kerap terganggu dengan bunyi bising alat pembesar suara untuk menarik perhatian burung walet masuk ke sarang selain bau najis yang busuk. "Saya membelanjakan banyak wang untuk mengubati isteri saya tetapi sekiranya persekitaran yang tidak sihat berterusan tidak mungkin isteri saya akan pulih," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

How Chong telah membuat enam aduan kepada Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan satu aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah serta laporan polis mengenai isu berkenaan tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini.

Bagi penduduk Sungai Jan, Lee Kong Min, 69, premis kedai yang dijadikan populasi burung walet itu telah beroperasi antara tiga hingga enam tahun lalu dan permulaannya dibuat dalam jumlah yang kecil.

Tambahnya, sejak akhir-akhir ini kegiatan itu semakin bertambah dan menimbulkan keresahan penduduk terhadap sikap pengusaha yang tidak mengendahkan masyarakat sekeliling. "Senario itu boleh memudaratkan kanak-kanak dan orang tua yang mengidap penyakit lelah dan komplikasi lain. Masalah ini diharap lebih cepat diselesaikan oleh pihak berwajib iaitu menegah operasi ini," katanya.

Seorang lagi penduduk Sungai Jan, Lee Ah Kow, 71, berkata, bau rembesan air dari kepak burung walet yang berterbangan itu tidak menyenangkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan premis berkenaan.
"Malah bau premis yang menjadi sarang berkenaan juga menyesakkan pernafasan khususnya rumah yang paling berdekatan," katanya.

Ah Kow berharap pemilik premis berkenaan memberhentikan operasi atau mencari alternatif di tempat lain yang tidak mengganggu keselesaan penghuni di bandar ini.

Seorang pengusaha roti, Sahira Tay Abdullah, 44, berkata, potensi perniagaan burung walet itu telah berkembang sejak enam tahun lalu kerana ramai pengusaha beranggapan menerima pendapatan lumayan.
"Namun ia berlaku sebaliknya apabila mendatangkan masalah kepada peniaga di sini berikutan bilangan pengusahanya semakin bertambah," jelasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badiozaman, berkata, sebanyak 165 lesen telah dikeluarkan menerusi proses pemutihan pada 2010, manakala sebanyak 20 permohonan baru tidak diluluskan bagi operasi peliharaan burung berkenaan di bandar daerah ini.
"Kami bersama Pejabat Kesihatan dan Jabatan Haiwan di sini sudah memantau premis berkenaan dan sedang menunggu laporan hasil pemantauan dari pejabat berkenaan," katanya.

Beliau menambah, MDJ akan meneliti hasil laporan itu dan sekiranya operasi tersebut mengundang masalah kesihatan penduduk dan persekitaran tempat tinggal berkemungkinan semua lesen operasi berkenaan akan ditarik balik









.





--------------------------------------------------------------------------------



Marzuki pengusaha sarang burung walet







sEBAHAGIAN daripada 100 sarang burung walet yang diusahakan Marzuki Che Embi di Bandar Perda, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM 28 Okt. – Pelbagai cara digunakan oleh penduduk di kawasan luar bandar untuk menambah pendapatan mereka termasuk membina rumah burung layang-layang jenis walet. Salah seorang pengusaha burung walet yang terletak di Bandar Perda di sini ialah Marzuki Che Embi, 43, yang mula berkecimpung dalam projek tersebut lima bulan lalu. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, pulangan lumayan daripada perniagaan itu seperti yang diperoleh pengusaha lain mendorongnya untuk mula berjinak-jinak membina rumah burung walet untuk mendapatkan sarangnya yang bernilai tinggi. Katanya, kedudukan Malaysia kini yang merupakan antara pengeluar sarang burung itu dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus) menarik minatnya untuk menceburi bidang itu.





‘‘Saya akui memang bukan mudah untuk menjalankan perniagaan seumpama ini namun jika seseorang itu betul-betul minat semuanya tidak sukar dilaksanakan. ‘‘Lebih menarik, usaha yang dilakukan sekarang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut memperkenalkan syarat-syarat menternak burung walet kepada kami,” katanya. Tambahnya, bagi menjayakan projek seumpama itu ia memerlukan modal yang besar tetapi ramai pengusaha berjaya melaksanakannya setelah menerima khidmat nasihat dari pihak-pihak terbabit. Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa ini masyarakat terutama golongan bumiputera di negara ini belum mengetahui secara mendalam potensi industri berkenaan yang kini dipelopori kaum lain. Marzuki menjelaskan, beliau yang pada mulanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kini boleh berbangga kerana mampu membeli sebuah rumah kedai yang sekarang menampung hampir 100 sarang burung.





‘‘Pendapatan dari perniagaan ini begitu lumayan sekali dan potensinya juga amat cerah terutama dengan usaha untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan di masa akan datang. ‘‘Selain itu, usaha seumpama ini juga boleh menjadikan seseorang terkenal sebagai usahawan burung walet yang sebenarnya begitu banyak sekali terdapat di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. Beliau memberitahu, harga sarang burung putih belum diproses yang kaya dengan kalsium, zat besi, potassium dan magnesium boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM6,000 sekilogram.





Menurutnya, terdapat pelbagai jenis burung layang-layang yang kerap berterbangan di kawasan perumahan itu termasuk seriti yang gemar hinggap di talian elektrik tetapi jenis dicari oleh pengusaha adalah jenis walet. ‘‘Tidak dinafikan ternakan ini juga seperti yang lain iaitu turut berdepan dengan pelbagai ancaman serta gangguan antaranya seperti burung helang, burung hantu dan juga biawak. ‘‘Bagaimanapun, itu semua boleh diatasi termasuk memastikan kawasan ternakan sentiasa dipasang muzik malah dengan cara itu juga saya jarang menjenguk ke sana,” katanya yang bercadang memperluaskan perusahaannya itu ke bandar ini tidak lama lagi.







--------------------------------------------------------------------------------

Aeroswift majukan pusat ternakan burung walit RM4.5 juta

KULIM 17 Ogos - Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. (Aeroswift), syarikat perunding bumiputera, melaburkan RM4.5 juta bagi meneroka industri ternakan burung layang-layang atau walit secara komersial di Kampung Sungai Tengas, dekat sini.



Pengarah Eksekutif Aeroswift, Khairil Sani Wong Abdullah berkata, projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (Pushpiam).



"Projek itu membabitkan pembinaan sembilan unit rumah burung walit dengan pembabitan ahli-ahli Pushpiam dengan harga RM359,000.



"Apabila siap kelak, setiap rumah itu mampu memuatkan kira-kira 8,000 ekor dan menjana pulangan kepada peserta sebanyak RM120,000 sebulan," katanya selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukriz Mahathir di sini kelmarin.



Menurut Khairil Sani, projek ternakan berkenaan menggunakan teknologi Indonesia yang mana kesemua burung walit akan dipelihara bermula peringkat penetasan telur.



Jelasnya, burung walit yang dipelihara di tempat lain menggunakan kaedah semula jadi iaitu mendirikan rumah atau tempat perlindungan dan ditambah dengan sistem audio serta membiarkan burung membuat sarang.



"Bagaimanapun, projek di Sungai Tengas ini agak unik kerana kita akan tetas sendiri telur burung walit dan pelihara sehingga besar.



"Apabila membesar, ia akan dilepaskan ke dalam sangkar lebih besar sebelum dapat mengeluarkan sarang yang boleh dikawal selia kualitinya," katanya.



Beliau memberitahu, projek tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada 108 ahli Pushpiam yang rata-ratanya terdiri daripada kaum bumiputera.



"Projek itu berpotensi besar kerana hasilnya begitu lumayan iaitu sekitar RM5,000 hingga RM7,000 bagi setiap kilogram sarang Gred Super A," katanya.



Tambah Khairil Sani, kesemua hasil sarang burung tersebut akan dieksport ke China menerusi rakan kongsinya, Forevery Swallow Health Ltd.



Sementara itu, Mukhriz berkata, industri ternakan burung walit berpotensi untuk dibangunkan memandangkan ia mempunyai nilai dagangan besar iaitu sekitar RM500 juta setahun.



"Permintaan kepada sarang burung ini juga didapati meningkat sejak kebelakangan ini khususnya bagi pasaran Eropah dan China," katanya.



Sehubungan itu, katanya para usahawan perlu merebut peluang keemasan itu dan kerajaan khususnya MITI bersedia membantu dengan menyediakan modal serta kemudahan meluaskan pasaran.





--------------------------------------------------------------------------------

Sarawak bakal pengeluar sarang burung walit

KUCHING 13 April - Sarawak berpotensi besar menjadi pengeluar sarang burung walit atau burung layang-layang memandangkan negeri ini sumber habitat haiwan itu.




Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Adzmy Abdullah berkata, mengikut statistik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hasil eksport industri sarang burung ialah RM750 juta setahun (150,000 tan metrik sarang burung).



Malah, menurutnya, industri sarang burung mempunyai permintaan besar dari luar negara terutama China dan Eropah dengan pasaran dunia bernilai RM8 bilion.



"Bagaimanapun, para usahawan yang mahu menceburi bidang ini perlu memohon lesen terlebih dahulu dan mematuhi undang-undang dalam mengusahakan ladang burung walit ini.



"Sehubungan itu, para usahawan ternakan jangan melihat bidang penternakan melibatkan kambing dan lembu saja tetapi boleh mempelbagaikannya dengan membabitkan diri dalam industri ternakan burung walit ini," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kursus Keusahawanan Penternakan Kambing di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air dekat sini hari ini.



Adzmy berkata, difahamkan Sarawak mempunyai lebih 1,500 pengusaha burung walit manakala di seluruh Malaysia pula sejumlah 23,000 pengusaha terbabit dalam industri sarang burung berkenaan.



Katanya, para usahawan sama ada menternak kambing atau lembu perlu memanfaatkan setiap ruang tanah yang dimiliki dengan ternakan lain yang difikirkan sesuai seperti ladang ternakan burung walit ini.



Tambahnya, usahawan ternakan juga perlu menetapkan minda mereka untuk mengusahakan bidang tersebut secara komersial sepenuhnya atau dalam kata lain 'zero waste' (sisa sifar).



"Apa yang dimaksudkan 'zero waste' ialah mengkomersialkan ternakan bukan hanya daging semata-mata tetapi segala yang dapat dihasilkan menerusi haiwan itu seperti contoh baja organik menerusi najis ternakan dan banyak lagi," katanya