Saturday, October 30, 2010

AKTA FRANCAIS 1998 DI MALAYSIA

Akta Francais 1998


PEMAKAIAN

1.Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi penjualan apa-apa francais di dalam Malaysia.
2.Akta ini mula berkuatkuasa pada 8 Oktober, 1999.
3.Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:-
a.suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais:-
i.dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; atau
ii.dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; dan
b.perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.
TAFSIRAN

1.'francais' ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya :-
a.pemberi francais memberi pemegang francais hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais;
b.pemberi francais memberi pemegang francais hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi francais atau berhubungan dengan pemberi francais, dan termasuk keadaan apabila pemberi francais, yang merupakan pengguna berdaftar, atau dilesenkan oleh orang lain untuk menggunakan, apa-apa harta intelektual, memberikan apa-apa hak yang dimilikinya untuk membenarkan pemegang francais menggunakan harta intelektual itu;
c.pemberi francais memiliki hak untuk melaksanakan kawalan berterusan sepanjang tempoh francais terhadap pengendalian perniagaan pemegang francais mengikut sistem francais;
d.pemberi francais mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada pemegang francais untuk mengendalikan perniagaannya termasuklah apa-apa bantuan seperti peruntukan atau pembekalan bahan dan perkhidmatan, latihan, pemasaran, dan bantuan perniagaan atau teknik;
e.sebagai balasan kepada pemberian hak-hak itu, pemegang francais dikehendaki membayar fi atau bentuk balasan yang lain; dan
f.pemegang francais mengendalikan perniagaan secara berasingan daripada pemberi francais , dan hubungan pemegang francais dengan pemberi francais tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai suatu perkongsian, kontrak perkhidmatan atau agensi.
2.'pemberi francais' ertinya orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais,melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini.
3.'pemegang francais' ertinya orang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini:-
a.pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemberi francais; dan
b.pemegang subfrancais berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang francais induk.
4.'pemegang francais induk' ertinya seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.
5.'broker francais' ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais.
TATACARA PENDAFTARAN

PENDAFTARAN PEMBERI FRANCAIS / PEMEGANG FRANCAIS INDUK / PEMEGANG FRANCAIS PEMBERI FRANCAIS ASING

1.Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi tiap-tiap satu salinan perkara berikut:-
a.dokumen penzahiran (Borang BAF1)
b.borang permohonan pendaftaran (Borang BAF2)
c.perjanjian francais
d.manual operasi
e.manual latihan
f.sijil perbadanan, (borang 8 atau 9)
g.borang 24 dan 49
h.borang penyata tahunan syarikat yang mempunyai modal syer (menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965)
i.kunci kira-kira teraudit dan akaun untung rugi yang terbaru
j.carta organisasi syarikat beserta nama-nama kakitangan yang memegang jawatan-jawatan penting
k.brosur perniagaan syarikat
2.Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu.
3.Borang Permohonan (borang BAF 2) dan Sampel Dokumen Penzahiran (borang BAF 1) boleh didapati di Kementerian Pembangunan Usahawan secara percuma.
PENDAFTARAN BROKER FRANCAIS

1.Broker francais terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-
i.Syarikat
ii.Perseorangan
SYARIKAT PERSEORANGAN
Kelayakan

1.Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
2.Mempunyai kakitangan utama dengan kelayakan seperti ditetapkan untuk orang perseorangan
Kelayakan

1.Warganegara Malaysia
2.Mempunyai pengalaman dalam pengurusan francais atau bidang yang berkaitan dengan pengurusan francais:-
a.ijazah - pengalaman tidak kurang daripada 3 tahun
b.diploma - pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun
c.tiada kelayakan akademik - pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun


--------------------------------------------------------------------------------
SYARIKAT PERSEORANGAN
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang BAF 5 dan disertakan dengan maklumat- maklumat berikut:-
i.Profail Syarikat/perkhidmatan
ii.Borang 49 & 24
iii.Latarbelakang Lembaga Pengarah dan Eksekutif Utama (kelulusan tertinggi, pengalaman di bidang francais dan lain-lain maklumat)
iv.Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu.
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang BAF 5 dan disertakan dengan maklumat- maklumat berikut:-
i.Salinan Kad Pengenalan
ii.Salinan sijil-sijil akademik
iii.Surat perakuan majikan
iv.Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu.


BAYARAN-BAYARAN

1. Bayaran-bayaran yang dikenakan bagi urusan-urusan membuat pendaftaran dan meminda dokumen adalah seperti berikut:-

Bil Perkara Bayaran (RM)
i) Permohonan mendaftarkan perniagaan francais (sekali pendaftaran) 1,000.00*
ii) Bayaran proses permohonan pendaftaran 50.00*
iii) Permohonan meminda dokumen (setiap kali pindaan) 50.00*

* Nota: Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. 2. Semua bayaran hendaklah menggunakan Wang Kiriman Pos atau Money Order atas nama Pendaftar Francais (bayaran secara tunai atau cek tidak diterima).

TEMPOH KUATKUASA PENDAFTARAN

•Pendaftaran bagi pemberi francais, pemegang francais induk dan pemegang francais pemberi francais asing adalah terus berkuatkuasa melainkan Pendaftar mengeluarkan sesuatu perintah penggantungan, penamatan atau penolakan pendaftaran.
•Tempoh kuatkuasa pendaftaran bagi broker francais ialah 1 tahun dari tarikh kelulusan pendaftaran. Permohonan untuk memperbaharui pendaftaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran.
KEPERLUAN UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN DI BAWAH SEKSYEN 53 DAN SEKSYEN 54

'Seksyen 53' - Pemberi francais yang bercadang untuk menjual suatu francais kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia hendaklah memperoleh kelulusan, dan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.

'Seksyen 54' - Orang asing yang bercadang menjual francaisnya di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar.

TATACARA PERMOHONAN Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat kepada Pendaftar Francais menyatakan perkara-perkara seperti berikut:-

•Nama Syarikat
•Jenis perniagaan
•Bilangan outlet semasa
•Syarikat yang akan membeli francais (sekiranya telah dikenalpasti)
IKLAN

'Iklan' - ertinya apa-apa bentuk penerbitan, pekeliling, notis, atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui media elektronik, atau apa-apa media penyiaran yang lain, atau apa-apa bentuk alat komunikasi elektronik kepada orang ramai bagi maksud menawarkan penjualan francais atau mempromosi penjualan francais.

1 salinan iklan yang menawarkan untuk menjual atau membeli francais hendaklah difailkan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya 5 hari sebelum penerbitan, pengedaran atau penggunaan pertama iklan tersebut.

Pendaftar boleh melarang penggunaan apa-apa iklan jika disifatkan ianya palsu, mengelirukan atau memperdayakan.

LAPORAN TAHUNAN

Laporan tahunan adalah maklumat-maklumat yang wajib dikemukakan oleh syarikat pemberi francais/pemegang francais induk dan pemegang francais pemberi francais asing kepada Pendaftar Francais 30 hari selepas ulang tahun pendaftaran. Ianya hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang BAF 6.

PERTANYAAN DAN ALAMAT

Semua pertanyaan berhubung dengan pendaftaran francais bolehlah dibuat melalui surat atau datang sendiri ke pejabat Pendaftar di alamat seperti berikut:-

Bahagian Pembangunan Francais
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Aras 4, Blok Menara,
No 18, Persiaran Perdana, Presint 2,
62652 Putrajaya
Tel: 03 - 8880 5607
Fax: 03 - 8880 5617

Malaysian Franchise Association
1st Floor Wisma Motor, 339 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-2697 1557, Faks : 603-2697 1559, E-mail : secrtmfa@streamyx.com

No comments: