Tuesday, October 26, 2010

APA ITU SPAN (SURUHAN JAYA PERKHIAMATAN AIR NEGARA)

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

SpeakVersi mesra pencetakHantar kepada rakan
Akta SPAN bertujuan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mantap di peringkat nasional bagi industri perkhidmatan air negara. Ia mengandungi enam Bahagian dan 44 Seksyen. Bahagian-bahagian berkenaan adalah seperti berikut:

Bahagian I
Bahagian ini memberi kuasa kepada Y.B. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menentukan tarikh berkuat kuasanya Akta ini dan juga ianya terpakai hanya kepada Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Bahagian II
Bahagian ini memperincikan penubuhan SPAN termasuk peruntukan mengenai kuasa Y.B Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk melantik anggota SPAN yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang ketua pegawai eksekutif dan tidak kurang daripada lapan tetapi tidak melebihi daripada 10 orang anggota SPAN yang lain.

Bahagian III
Bahagian ini menyentuh mengenai fungsi dan kuasa SPAN termasuk kuasa kepada Y.B Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi untuk memberi arahan kepada SPAN.

Bahagian IV
Bahagian ini menyentuh mengenai peruntukan yang berhubung dengan pekerja-pekerja SPAN termasuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN dan pelantikan pekerja-pekerja serta syarat perkhidmatan.

Bahagian V
Bahagian ini berkaitan dengan penubuhan Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang tersebut. Ianya juga memperuntukkan kuasa untuk meminjam oleh SPAN dan pelaburan yang boleh dilakukan oleh Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara tertakluk kepada kelulusan Y.B Menteri Kewangan.

Bahagian VI
Bahagian ini adalah berkaitan dengan peruntukan-peruntukan am yang meliputi antaranya pendakwaan kesalahan di bawah Akta ini termasuk obligasi kerahsiaan anggota Suruhanjaya

No comments: