Saturday, October 30, 2010

AKTA IKLAN DI MALAYSIA

Iklan Yang Melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956

Summary:Buwau
Kesemua iklan produk dan
juga perkhidmatan berbentuk kesihatan yang mengandungi tuntutan perubatan
mestilah mempunyai kelulusan daripada pihak Lembaga Iklan Ubat (L.I.U)
sebelum ianya boleh disiarkan. Semua iklan-iklan yang disiarkan tanpa
kelulusan daripada pihak L.I.U boleh dianggap sebagai iklan yang melanggar
Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 atau iklan yang tidak sah.

Kelulusan adalah diberikan ke atas setiap format iklan bagi produk/perkhidmatan
yang ingin diiklankan. Ini bermaksud, jika satu-satu produk/perkhidmatan itu
mempunyai lebih daripada satu format iklan, maka pemilik produk/perkhidmatan
tersebut perlulah mendapatkan kelulusan bagi setiap format iklan mereka.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang juga
merupakan secretariat kepada Lembaga Iklan Ubat telah memperkenalkan
beberapa prosedur dalam memohon kelulusan iklan, dalam usaha mereka untuk
memendekkan tempoh masa satu-satu permohonan itu diproses dan diluluskan.
Sistem “fast track” telah diperkenalkan pada bulan Disember 2002 dimana
setiap pemohon boleh memperolehi sijil kelulusan bagi format iklan mereka
dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja (Sekiranya permohonan menepati beberapa
criteria yang ditetapkan). Maka dengan ini tiada sebarang alasan untuk
mereka tidak menghantar permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada
pihak L.I.U bagi penyiaran iklan mereka.

Walau bagaimanapun, kenapa masih banyak iklan-iklan yang disiarkan tanpa
kelulusan daripada pihak L.I.U? Kenapa pemilik produk masih tidak berusaha
untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak L.I.U sebelum iklan produk/perkhidmatan
mereka disiarkan? Diantara alasan-alasan kepada permasalahan ini adalah:-

Pemilik produk
berkemungkinan telah memasarkan produk yang tidak didaftar dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah.


Pemilik produk tidak mahu
mendapatkan kelulusan bagi iklan mereka kerana mereka mahu membuat
pelbagai tuntutan perubatan, dan menggunakan konsep pengiklanan yang tidak
dibenarkan oleh Lembaga Iklan Ubat.


Pemilik produk
beranggapan bahawa produk mereka tidak memerlukan kelulusan untuk
diklankan.
(Ini adalah alasan biasa yang mereka berikan untuk tidak mendapatkan
kelulusan terhadap iklan mereka)

Menerima iklan tanpa
kelulusan dari L.I.U untuk disiarkan bermaksud pihak media bekerjasama
dengan pihak pengiklan yang tidak bertanggungjawab dalam menipu dan
mengelirukan orang ramai.

Berikut adalah beberapa contoh iklan yang diklasifikasikan sebagai iklan
yang tidak sah. Contoh-contoh iklan ini hanya bertujuan memberikan panduan
kepada orang ramai keatas jenis-jenis iklan yang boledikelaskan sebagai
iklan yang tidak sah. Kesemua iklan-iklan ini dianggap sebagai iklan yang
tidak sah pada masa ianya disiarkan dimedia-media tertentu ketika itu dan
ianya tidak membayangkan situasi terkini. Ini kerana sejumlah besar daripada
iklan tersebut kini telah pun memperolehi sijil kelulusan daripada pihak
L.I.U untuk disiarkan, dan yang lain telah menamatkan penyiarannya dengan
serta merta.
Iklan Yang Melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 Originally published in Shvoong: http://ms.shvoong.com/law-and-politics/commercial-law/1740393-iklan-yang-melanggar-akta-ubat/

No comments: