Tuesday, October 26, 2010

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Akta Industri Perkhidmatan Air

Akta IPA bertujuan untuk memperuntukkan kawal selia perkhidmatan air meliputi pembetungan serta perkara-perkara yang berkaitan. Secara ringkasnya, bidang-bidang utama kawal selia yang terkandung dalam Akta IPA termasuklah:

(a)   kawal selia ekonomi
Peruntukan-peruntukan yang diliputi di bawah peraturan ekonomi ialah pelesenan, keperluan operator-operator menyediakan maklumat (termasuk maklumat kewangan dan aliran tunai), bekalan air, perkhidmatan pembetungan, sistem bekalan air serta sistem pembetungan.

(b)   kawal selia teknikal
Peruntukan-peruntukan yang termasuk di bawah peraturan ini termasuklah piawaian prestasi dan teknikal bagi operator-operator perkhidmatan air serta permit dan persijilan untuk kontraktor.

(c) perlindungan pengguna
Peruntukan-peruntukan yang terkandung di bawah perlindungan pengguna ialah kualiti perkhidmatan, mekanisme penyelesaian masalah/aduan pengguna serta penetapan kadar tarif.

(d) kawal selia sosial
Antara peruntukan yang diliputi di bawah peraturan ini ialah penubuhan dana iaitu Kumpulan Wang Industri Air dan Kumpulan Wang Sumbangan Modal Perkhidmatan Pembetungan serta pembetukan Forum Air.

No comments: